Thursday, December 27, 2018

BAB 14 : PENGURUSAN ALAM PEMBELAJARAN

KONSEP PENGAJARAN
·         aktiviti berkaitan penyebaran ilmu pengetahuan atau kemahiran tertentu
·         merangkumi aktiviti perancagan, pengelolaan, penyampaian, bimbingan dan penilaian.
·         Thomas f. green – tujuan mengajar ialah menukar tingkah laku dan kelakuan pelajar melalui pemerolehan ilmu pengetahuan atau kepercayaan baru
·         beliau berpendapat didalam proses pengajaran, aktiviti latihan atau pelaziman adalah satu usaha menukarkan tingkah laku pelajar
·         manakal, Teknik tunjuk ajar atau indoktrinasi adalah digunakan untuk menyebarkan ilmu pengetahuan dan kepercayaan baru

KEPERLUAN PERANCANGAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
·         memenuhi masa yang diperuntukan
·         menepati kehendak objektif/matlamat
·         berkesan sepanjang waktu pengajaran
·         menarik perhatian dan tidak membosankan
·         suatu pernyataan yang telah ditentukan yang perlu dicapai oleh pelajar mengikut tahap-tahap tertentu
·         melibatkan apa sahaja yang dipelajari dan dikuasai yang meliputi : pengetahuan, kemahiran, perubahan tingkah laku,perangai dan sebagaiya.
·         harus boleh diukur dan dilakukan olek pelajar setelah mengikuti sesuatu unit pengajaran dan pembelajaran

·         TERBAHAGI KEPADA 3 PERSPEKTIF

-          perspesktif guru (objektif pengajaran memberikan rangka tindakan untuk proses pengajaran yang dipertanggungjawabkan kepadanya)
-          persperktif pelajar (objek pengajaran memberi maklumat jangjaan terhadap apa yang telah dipelajari pelajar)
-          perspektif pentadbir (objektif pengajaran berfungsi untuk menyemak sama ada guru telah menjalankan proses pengajaran seperti yang tercatat dalam sukatan pelajaran dan rancangan mengajar)

OBJEKTIF PENGAJARAN
·         OBJEK IMPLISIT
-          merupakan tingkah laku yang ketara sseperti memahami, mengetahui, menghargai sesuatu yang telah diajar


·         OBJEKTIF EKSPLISIT
-          melibatkan perubahan tingkah laku yang boleh dilihaat seperti menyenarikan, menjelaskan serta memberi contoh serta menunjukkan cara yang betul terhadap apa yang telah diajarkan

BUKU REKOD MENGAJAR
Buku himpunan pelan tindakan guru sebelum mengajar. Berdasarkan SPI Bil 3/1999. Buku rekod mengajar wajib mengandungi dua perkara penting :

1.Rancangan Pelajaran Tahunan
2.Rancangan berdasarkan takwim minggu persekolahan.
   isi ringkas rancangan pengajaran  berdasarkan sukatan
   sukatan  kebangsaan

PERANCANGAN GURU SEBELUM MENGAJAR
MENTAL
-          perlu memikirkan cara yang kreatif untuk menarik minat pelajar serta perlu membuat persediaan terhadap ilmu pengajaran dan isi pelajaran untuk diajarkan kepada murid
FIZIKAL
-          memastikan kelas sebelum mula mengajar dalam keadaan teratur dan bersioh dan selesa bagi pelajar
BAHAN
-          menggunakna fasiliti dan peralatan yang disediakan dengan sebaik mungkin


KEPENTINGAN MENERANGKAN HASIL PEMBELAJARAN (LEARNING OUTCOME)
·         tidak membebankan pelajar untuk mengulangkaji pelajaran
·         pelajar lebih focus kepada yang penting sahaja
·         senarai learning outcoe yang akan keluar dalam peperiksaan

KEPENTINGAN BUKU TEKS
·         gambar rajah yang jelas
·         penerangan yang lengkap
·         mempunyai sukatan pelajaran yang ditetapkan oleh kementerian pelajaran
TEKNIK SUPAYA PELAJARAN LEBIH MENYERONOKKAN
·         mengajar menggunakan alat bantuan mengajar
·         aktiviti berkumpulan
·         memberikan peluang kepada pelajar untuk memberi pendapat dan idea

RUMUSAN

Dalam tajuk ini kita dapat mempelajari tentang bagaimana keadaan sebenar seorang guru apabila memasuki alam persekolahan. Sebagaimana yang kita ketahui juga, untuk menjadi seorang guru yang baik bukanlah mudah malah penuh dengan cabaran. Oleh itu bagi mengelakkan terjadinya isu-isu yang semakin kerap kita dengan di luar sana yang melibatkan guru. Kita perlulah membuat persediaan sebaik mungkin serta memahami apa tanggugjawab kita yang sebenar sebagai seorang guru serta perlu menjadi seorang guru yang cekap dalam menjalankan tugasnya

BAB 13 : SEKOLAH DAN PERSEKITARAN


PENGENALAN
sekolah merupakan penyebaran maklumat dan ilmu pengetahuan

persekitaran sekolah pula merujuk kepada kawasan sekeliling sesuatu tempat yang membawa masyarakat yang tinggal berhampiran dengan sesebuah sekolah

sekolah berfungsi untuk mencapai objektif dan matlamat sosial bagi melahirkan manusia yang cemerlang dari segi keilmuan tetapi juga membentuk manusia yang bersahsiah baik serta memahami tanggungjawabnya selari dengan falsafah Pendidikan kebangsaan

PERSEKITARAN FIZIKAL
·         susunan dan reka bentuk fizikal
·         sumber bahan pembelajaran
·         pencahayaan
·         ruang atau sudut pembelajaran
·         pengudaraan
·         perabot
·         kebersihan

PERSEKITARAN PSIKOSOSIAL
·         suasana selesa dan mesra
·         suasana yang merangsang pembelajaran
·         menggalakkan pembelajaran koperatif
·         bebas daripada ancaman dan bahaya fizikal
·         memberi peluang yang sama kepada semua murid

CIRI-CIRI IKLIM KELAS YANG KONDUSIF
·         hubungan saling menghormati antara guru dengan para pelajarnya
·         kesukarelaan pelajaran-pelajaran menerima aspirasi dan peraturan kelas yang diaturkan oleh pihak pentadbiran sekolah
·         perasaan kekitaan yang timbul di antara para pelajar dan guru-guru sebagai sebuah keluarga yang mesra dan bahagia
HUBUNGAN SEKOLAH DENGAN MASYARAKAT
·         sekolah merupakan satu sistem sosial yang tersendiri dan menjadi agen perubahan kepada masyarakat dan persekitaran
·         sekolah memberi peluang kepada manusia khasnya generasi muda untuk menguasai pelbagai ilmu pengetahuan dan kemahiran
·         sekolah mementingkan perkembangan dan perubahan tingkah laku pelajar mengikut aliran dan kehendak masyarakat
·         sekolah sebagai sesebuah organisasi yang dinamik, terbuka dan komplek serta mewujudkan hubungan saling bergantung dengan pihak luar

PERANAN SEKOLAH KEPADA MASYARAKAT
·         sekolah melibatkan proses sosiolisasi dimana kanak-kanak belajar tentang perlakuan masyarakatnya dan menjadikan perlakuan ini sebahagian daripada tingkah laku mereka
·         Pendidikan dianggap sebagai satu proses membentuk manusia yang sanggup berfikir secara dan kritis. latihan pula dilihat sevagai memberi kemahiran teknikal dan psikomotor
·         persekolahan yang berorganisasi memainkan peranan dalam mengekalkan corak kehidupan dan budaya ilmu yang dianggap sesuai dalam norma masyarakat

PERANAN IBU BAPA
·         ibu bapa dan sekolah membina jaringan hubungan melalui bantuan dana dan kepakaran
·         membantu membanteras masalah gejala sosial di dalam atau di luar sekolah
·         menghadiri jemputan sekolah untuk memberi motivasi dan sokongan kepada guru-guru dan murid-murid
HUBUNGAN SEKOLAH & IBU BAPA (PIBG)
·         mewujudkan muafakat antyara ibu bapa dan guru
·         membantu dalam memajukan perkembangan murid
·         menjaga kebajikan murid
·         menambah sumber kewangan sekolah
·         meningkatkan keceriaan premis sekolah
·         menjayakan aktiviti dan program pendidikan

KERJASAMA ANTARA SEKOLAH DAN MASYARAKAT
·         sekolah memberi perkhidmatan kepada masyarakat melalui pasukan pakaian seragam serta tenaga guru dan pelajar ketika menganjurkan sesuatu aktiviti dari masa ke masa
·         kemudahan seperti dewan, padang dan gelanggang juga boleh dipinjamkan untuk kegunaan bersama
·         masyarakat boleh menyalurkan derma dan bantuan untuk projek dan pembangunan sekolah
·         kem latihan, pusat kajian dan penyelidikan serta muzium boleh dijadikan sebagai tempat lawatan sambal belajar untuk pelajar

CABARAN-CABARAN YANG DIHADAPI
·         masalah buku teks, prasarana tidak lengkap, pembayaran yuran dan pembelian buku kerja tambahan yang dianggap membebankan ibu bapa
·         sikap ibu bapa yang menyerahkan tugas mendidik sepenuhnya kepada guru
·         apabila anak mereka terlibat dengan gejala sosial, ibu bapa dengan mudah menunding jari kearah guru dan pihak sekolah
·         ibu bapa yang cepat melatah dan mengambil tindakan guaman apabila pihak sekolah mengambil tindakan disiplin terhadap anak-anak mereka.

INSTITUSI MASYARAKAT ATAU PIHAK LUAR
·         masyarakat merupakan institusi tidak formal yang mempengaruhi Pendidikan seseorang pelajar
·         kerjasama erat antara sekolah dengan komuniti luar membantu mencapai kecemerlangan sekolah khususnya para pelajar dan organisasi guru

RUMUSAN
sekolah dan persekitarannya merupakan aspek yang sangat penting dalam membantu pelajar untuk lebih fokus dalam pelajaran. hubungan antara sekolah dan masyarakat serta hubungan antara guru dan ibu bapa pula dapat membantu mencapai matlamat sekolah malah pelajar juga turut mendapat faedah yang sangat berguna iaitu peningkatan daripada aspek jasmani, emosi, rohani dan intelektual (JERI)

BAB 12 : PENGURUSAN MURID PELBAGAI UPAYA

Pengurusan murid pelbagai upaya merupakan satu langkah yang diambil untuk membantu murid-murid yang mengalami masalah dalam pembelajaran. Secara amnya, pengurusan murid pelbagai upaya ini lebih terarah kepada program pendidikan kahas yang dijalankan ke atas pelajar-pelajar yang mempunyai masalah pembelajaran sama ada secara fizikal atau mental. Pendidikan khas itu sendiri merujuk kepada program yang dibentuk untuk memenuhi keperluan pendidikan murid-murid yang berkeperluan khas. Pendidikan khas juga merujuk kepada satu pendekatan, rancangan pendidikan, strategi, kaedah dan teknik untuk mengajar murid-murid istimewa kerana mereka tidak berupaya untuk mencapai target yang sepatutnya daripada program sekolah aliran perdana.

Kajian mengenai pengurusan murid pelbagai upaya ini memfokuskan kepada empat topik perbincangan iaitu pemulihan, pengayaan, pelbagai kecerdasan dan berkeperluan khas. Program pemulihan dan pengayaan diwujudkan atas arahan Kementerian Pelajaran Malaysia bertujuan untuk memastikan murid-murid yang menghadapi masalah dalam pembelajaran mampu untuk belajar sekiranya guru-guru menggunakan kaedah pembelajaran yang sewajarnya. Manakala pelbagai kecerdasan  ialah teori yang diperkenalkan oleh seorang tokoh barat iaitu Howard Gardner. Teori ini membincangkan tentang pelbagai keupayaan yang dimiliki oleh murid yang mempunyai kecerdasan dan kepintaran luar biasa. Aspek keempat yang diberi tumpuan dalam kajian ini ialah bekeperluan khas. Melalui topik ini, pelbagai masalah pembelajaran dibincangkan seperti masalah disleksia, hiperaktif, sindrom down, autisme dan kerencatan mental. Selain itu, aspek murid pintar cerdas juga turut diberi penekanan dalam kajian ini.

Pemulihan

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005), perkataan “pulih” bermaksud kembali seperti biasa atau kembali dalam keadaan semula. Manakala “pemulihan” pula bermaksud perbuatan memulihkan dan pengembalian kepada keadaan semula. Dalam konteks pelajar pelbagai upaya, pemulihan merujuk kepada kanak-kanak yang menghadapi masalah dalam pembelajaran. Pembelajaran pemulihan kebiasaannya dikaitkan dengan usaha untuk memperbaiki sesuatu kekurangan atau memperbetulkan sesuatu. Selain itu, menurut Ab. Rahman, et. al. 1997 dalam buku Pengantar Pendidikan Khas karya Mohd Zuri Ghani dan Aznan Che Ahmad (2011), pemulihan merupakan lanngkah-langkah khas yang diusahakan untuk membantu murid-murid yang menghadapi masalah pembelajaran dalam menguasai kemahiran 3M. Mereka ini kemudiannya diberikan program pemulihan sebaik sahaja masalah tersebut dapat dikesan.

Program Pemulihan merupakan langkah-langkah khusus yang dijalankan bertujuan untuk membantu murid-murid yang menghadapi masalah pembelajaran tertentu dalam kemahiran asas 3M iaitu membaca, menulis dan mengira. Golongan pelbagai upaya ini perlu dipulihkan sebaik sahaja masalah yang dihadapi itu dapat dikesan oleh guru mata pelajaran atau guru bilik darjah dengan langkah-langkah yang sewajarnya.

Menurut Kementerian Pelajaran Malaysia pula, program pemulihan ini dispesifikasikan kepada Program Pemulihan Khas yang dibina untuk membantu murid-murid yang menghadapi masalah khusus dalam pembelajaran, iaitu untuk membantu mereka menguasai kemahiran asas 3M. Menurut Jabatan Pendidikan Khas Kementerian Pelajaran Malaysia, 2008 yang diolah oleh Mohd Zuri Ghani dan Aznan Che Ahmad dalam bukunya yang bertajuk Pengantar Pendidikan Khas (2011), murid pemulihan khas didefinisikan sebagai murid yang menghadapi kesukaran dalam penguasaan kemahiran 3M disebabkan oleh faktor persekitaran dan bukan kognitif.

Secara kesimpulannya, pemulihan merupakan satu aktiviti pengajaran dan pembelajaran alternatif yang diguakan untuk membantu murid yang menghadapi masalah di dalam kelas. Pelaksanaan program pemulihan ini bermatlamat untuk menghakis jurang perbezaan terutamanya pencapaian murid dalam sesuatu aktiviti. Sekiranya matlamat ini dapat dicapai, golongan pelbagai upaya ini tidak merasa diri mereka disisihkan dan mereka dapat belajar bersama-sama dalam suasana pembelajaran yang lebih baik dalam kelas.

Pengayaan

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005), perkataan “gaya” pula membawa maksud sikap dan cara berkelakuan yag menjadi ciri seseorang. Manakala “pengayaan” pula bermaksud perihal (usaha, proses, pencorakan) menggayakan, misalnya menggayakan atau meluaskan kosa kata.. Pengayaan ialah aktiviti-aktiviti tambahan kepada aktiviti asas pembelajaran yang dijalankan sama ada di dalam waktu sekolah atau di luar kawasan sekolah. Aktiviti penggayaan disediakan untuk semua murid di dalam kelas, sama ada di peringkat sekolah rendah atau menengah dan sama ada kumpulan cerdas atau sederhana cerdas. Dalam kajian terhadap pengurusan murid pelbagai upaya ini, pengayaan merujuk kepada aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh pelajar yang bermasalah dalam pembelajaran untuk menambahkan pengetahuan dan memperluaskan pengalaman mereka.

Sesuai dengan keperluan pendidikan kini yang tidak lagi berpusat kepada guru, program pengayaan memberi peluang kepada murid menjalankan aktiviti secara aktif. Keadaan ini bersesuaian dengan kehendak program pengayaan yang menyediakan aktiviti bercorak belajar sendiri tanpa memerlukan banyak pimpinan dan tunjuk ajar daripada guru. Hal ini bermakna, program pengayaan bukan sahaja dapat memenuhi keperluan setiap individu dari segi memperluaskan pengetahuan dan pengalaman, malah turut merangsang permikiran murid.

Pengayaan boleh dibahagikan kepada dua iaitu pengayaan mendatar dan pengayaan menegak. Pengayaan mendatar merupakan aktiviti pengayaan berdasarkan kepada tahap pencapaian murid. Murid-murid dalam kumpulan akan diberi aktiviti pengayaan yang lebih mudah dan kurang mencabar daripada aktiviti yang diberi kepada kumpulan sederhana dan cerdas. Manakala pengayaan menegak merupakan aktiviti pengayaan berdasarkan minat dan bakat murid dalam kumpulan cerdas sahaja. Aktiviti ini akan dirancang dan dilaksanakan dalam bentuk yang lebih kompleks, mencabar dan dalam peringkat yang lebih tinggi daripada taraf pencapaian murid darjah biasa.

Dalam melaksanakan program pengayaan ini, beberapa prinsip perlu diberi perhatian. Antaranya ialah memberi penekanan kepada aktiviti yang bersifat kreatif dan eksperimental, membuat kerja sendiri dan hasilan kerja, menggunakan daya usaha sendiri, memberi peluang untuk mengembangkan sifat kepimpinan sosial, menggunakan kaedah dan organisasi yang mudah diubah serta melibatkan pembacaan yang luas. Selain itu, bahan bantu belajar yang sering digunakan untuk aktiviti pengayaan ialah kad-kad bacaan tambahan, lembaran kerja, permainan dan rekreasi, dan alat-alat teknologi yang lain. Bahan-bahan ini haruslah mengandungi penerangan dan penjelasan yang jelas supaya mudah difahami oleh murid. 

TEORI KECERDASAN PELBAGAI

Dr howard gardner menyatakan bahawa kecerdasa tidak semestinya diwarisi melalui keturunan tapi ia juga mampu dipengaruhi berdasarkan faktor pemakanan, budaya, persekitaran dan peluang Pendidikan serta suasana pembelajaran yang diperolehi oleh seseorang itu. beliau juga menyatakan bahawa terdapat 9 jenis kecerdasa untk mengukur tahap kecerdasa individu iaitu :

1.      KECERDASAN LOGIK-MATEMATIK
-          merujuk kepada pelajar yang mempunyai kelebihan dalam matematik serta mampu untuk berfikir secara heuristic, induktif dan deduktif, membuat inferens, generalisasi, perhitungan dn pengujian hipotesis

2.      KECERDASAN VERBAL-LINGUISTIK
-          merujuk kepada golongan yang mempunyai kosa kata yang tingggi serta mampu memanipulasi ayat serta memahami Bahasa kompleks selain lebih sensitive dan peka terhadap sesuatu perkataan

3.      KECERDASAN MUZIK
-          merujuk kepada golongan yang mempunyai kelebihan dalam muzik dari aspek minat serta mampu meluahkan perasaan melalui muzik. merka ini juga peka terhadap bunyi nonverbal iaitu bunyian daripada alam semulajadi seperti binatang dan sebagainya

4.      KECERDASAN KINESTETIK BADAN
-          mempunyai kelebihan dalam menggunakan anggota badan

5.      KECERDASAN INTERPERSONAL
-          golongan yang mampu berkomunikasi dengan sangat baik dimana mereka boleh memahami dan membezakan perasaan, keinginan hati, hasrat dan tabiat orang lain

6.      KECERDASAN INTARPERSONAL
-          merujuk kepada mereka yang mampu menentukan hala tuju hidup mereka serta sangat berdisiplin dan mampu berdikari

7.      KECERDASAN RUANG VISUAL
-          merujuk kepada mereka yang amat peka terhadap warna, garisan, bentuk, corak dan ruang dalam Kawasan persekitaran mereka

8.      KECERDASAN NATURALIS
-          golongan yang peka terhadap alam sekitar. merekajuga sensitive terhadap isu mengenai isu global, isu kemanusiaan dan meminati kejadian alam

9.      KECERDASAN EKSISTENSIALIS
-          golongan yang cenderung kepada mengkaji sesuatu keaadaan dan menimbulkan banyak persoalan tentang kehidupan reality

RUMUSAN

dalam bab ini kita dapat mengetahui apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan murid pelbagai upaya. dalam bab ini ada menyatakan bahawa murid pelbagai upaya bukanlah hanya merujuk kepada murid yang sakit serta mengalami kekurangan anggota badan atau mengalami masalah fizikal sahaja namun di dalam bab ini ada juga dinyatakan tentang kelebihan sesetengah pelajar yang perlu diberi penelitian dan pemerhatian kerana mereka ini memerlukan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang berbeza dengan kanak-kanak biasa mahupun kanak-kanak yang mempunyai masalah kesihatan seperti lambat belajar dan sebagainya. mereka ini perlu diberi kaedah pengajaran dan pembelajaran yang berbeza kerana mereka sudah mampu melangkaui apa yang disampaikan oleh guru dalam pengajaran biasa dan memerlukan mereka untuk menambah ilmu pengetahuan yang lebih lagi bagi membantu mereka memanfaatkan kelebihan yang ,ereka ada sebaik mungkin.