APA YANG DIMAKSUDKAN DENGAN PENGURUSAN BILIK DARJAH
·
Satu proses, pergerakan yang memerlukan
kerjasama dan campur tangan dari ahli organisasi tersebut bagi mencapai
matlamat mereka sendiri, tugasnya adalah termasuk merancang, mengelola,
memimpin, mengarah dan mengawal – HAJI SAMSUDIN BIN MD NOOR
·
Pengurusan bilik darjah sebagai orchestra
dalam kehidupan di bilik darjah yang memerlukan pembentukan kurikulum,
penyelenggaraan prosedur dan sumber pengajaran – LEMLECH 1988
·
Suasana fizikal bilik darjah merupakan
kawan atau musuh dalam proses pembelajaran dan pengajaran ataupun ia boleh menjadi tempat yang peling
menyenangkan untuk belajar atau tempat yang paling merimaskan. – MARLAND
1975
·
Pengurusan bilik darjah juga merupakan satu
cara mengurus aktiviti yang dilakukan sepanjang sesi pengajaran dan
pembelajaran didalam bilik darjah
·
Ia juga bertujuan untuk menggalakkan
komunikasi dan interaksi dikalangan pelajar yang terlibat
·
Pengurusan bilik darjah merupakan
tanggungjawab guru dan bukan sahaja guru kelas namun semua guru.
·
Bilik darjah menjadi dimensi penyampaian
ilmu bagi mencapai objektif pengajaran dan pencapaian akademik.
·
Tujuan pengurusan bilik darjah pula merujuk
kepada membentuk dan memelihara tingkah laku murid yang menyumbang kepada
dimensi penyampaian ilmu
TERDAPAT 3 ASPEK YANG MEMAIN PERANAN UTAMA DIDALAM BILIK DARJAH IAITU :
·
Fizikal
·
Psikososial
·
Aktiviti pengajaran
PENGURUSAN PERSEKITARAN FIZIKAL BILIK DARJAH
·
Persekitaran fizikal mestilah selamat untuk
kegunaan para pelajar dan ia perlu selamat untuk fizikal dan psikologi pelajar.
selamat dari aspek fizikal merujuk kepada tidak ada benda berbahaya yang boleh
mencederakan pelajar. manakala dari aspek psikologi pula merujuk kepada perkara
yang boleh membuatkan pelajar trauma untuk berada disana.
·
seterusnya melibatkan identity simbolik
seperti tempat untuk menghasilkan kerja serta menampal carta organisasi kelas
·
persekitaran fizikal bilik darjah juga
meliputi aspek ketenangan dimana susunan dan hiasan didalam bilik darjah
perlulah menarik dan selesa
·
akhir sekali, ia perlu menjadi tempat
perkembangan bagi pelajar dengan bantuan peralatan, bahan bacaan dan buku kerja
yang disediakan di dalam bilik darjah
·
persekitaran fizikal juga merujuk kepada
aspek memudahkan guru untuk memantau dan kedudukan guru perlulah berhampiran
dengan murid serta setiap murid mempunyai pemandangan yang jelas supaya tidak
mengganggu tumpuannya didalam kelas.
·
yang paling penting sekali bilik darjah itu
mestilah selesa untuk semua orang didalam ruang tersebut
PENGURUSAN PSIKOSOSIAL DALAM BILIK DARJAH
·
psikososial merupakan penghubung kepada
emosi dan persekitaran
·
antara faktor yang mempengaruhi ialah :
- pendekatan pengajaran
- gaya kepimpinan guru
- bentuk
komunikasi daninteraksi dalam bilik darjah
·
persekitaran psikososial juga merujuk
kepada penghasilan suasana demokratik dalam bilk darjah
·
sebagai seorang guru kita perlu memberi
kepercayaan kepada setiap pelajar bahawa mereka berkebolehan dan berkemampuan
supaya kita dapat membantu mereka dengan sebaik mungkin tanpa putus asa
·
guru juga perlu menunjukkan rasa cinta dan
semangat untuk mendidkk barulah pelajar juga bersemangat untuk menuntut ilmu
AKTIVITI PENGAJARAN BERKUMPULAN
·
pembelajaran yang dilakukan sebagai satu
kumpulan mampu memberi kefahaman yang lebih mendalam
·
memfokuskan pelajar kepada kebolehan atau
minat
·
ia sebenarnya bagi memudahkan guru untuk
membimbing pelajar
·
serta menggalakkan penglibatan aktif setiap
pelajar
·
memberi peluang untu para pelajar saling
membantu sesame mereka
BENTUK PENGAJARAN BERKUMPULAN
·
mengikut kebolehan
·
pelbagai kebolehan
·
mengikut minat
PENGAJARAN INDIVIDU
Guru perlu mengetahui bahawa setiap pelajar
mempunyai kebolehan dan minat yang berbeza. Justeru itu, pelajar berhak
mendapatkan perkembangan yang sebaiknya dan sama bagi setiap orang
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN INDIVIDU
·
Membantu pelajar menguasai kemahiran mereka
·
Guru perlu teliti dalam mengesan kebolehan
dan kemampuan pelajar dengan menggunakan cara seperti meneliti kemahiran
bertutur mereka, membaca, menulis dan sebagainya
OBJEKTIF PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
INDIVIDU
·
Pelajar mampu menguasai kemahiran asas
seperti membaca dan menulis mengikut kebolehan masing-masing
·
para pelajar boelh mendapatkan bimbingan
dari guru mahupun rakan sebaya
·
merka mampumemperkembangkan kemahiran
berfikir supaya menjadi lebih kreatif dan kritis
APAKAH BAHAN PENGAJARAN
·
bahan yang mudah untuk digunakan didalam
kelas dan tidak membahayakan pelajar
·
bahan yang mampu memberi ransangan kepada
pelajar untuk lebih tertarik dengan apa yang disampaikan
MENGAPAKAH PERLU BAHAN
·
bagi memberi penjelasan yang lebih baik
·
membantu pelajar faham dengan lebih mudah
JENIS BAHAN
·
bahan hidup
-
manusia, haiwan dan tumbuhan
·
bahan bukan hidup
-
elektronik (audio dan visual)
-
bukan elektronik ( kertas dan sebagainya)
PERANCANGAN BAHAN
·
perkara yang mudah digunakan
·
mudah diperolehi
PENTAKSIRAN BILIK DARJAH
·
pentaksiran berterusan dalam sesi p&p bag
menggumpul maklumat tentang perkembangan, kemajuan, kebolehan dan pencapaian
murid
·
berlaku secara formatif dan sumatif
·
melihat perkembangan kemajuan murid dalam
pembelajaran di samping membantu guru menambah baik pegajaran mereka
KEPENTINGAN PBD
·
mengesan perkembangan murid secara
menyeluruh
·
mengenal pasti kelemahan dan kekuatan
pelajar dalam pembelajaran
·
mengetahui sejauh mana keberkesanan
pengajaran yang diberikan
PENGURUSAN DISPLIN DALAM BILIK DARJAH
DEFINISI
Disiplin dalam bilik darjah penting kerana
salah satu unsur utama kejayaan dalam proses pembelajaran. Menurut
lindgren (1976) menghuraikan bahawa
displin membawa maksud hukuman dan kawalan untuk mematuhi tatatertib. Menurut
oliva (1956) disiplin merujuk kepada kawalan diri, kawalan dari luar, patuh
kepada autoriti dan keadaan bilik darjah yang teratur.
PUNCA DISPLIN
KEBOSANAN – apabila guru tidak berjaya
memantau pergerakan pelajar dengan baik dan tidak memberikan pengisian yang
baik didalam kelas ia akan membuatkan pelajar ingin melakukan aktiviti sendiri
yang kadang-kadang boleh mengundang bahaya. kerana kebosanan juga boleh menyebabkan
pelajar membuat bising di dalam kelas.
PENGURUSAN LEMAH – apabila kelas tidak
diuruskan dengan baik dan tidak mempunyai pengisian ia membuatkan guru tersebut
gagal mengendalikan kelasnya dan ini tidak sepatutnya terjadi.
KESUKARAN – apabila aktiviti yang dilakukan
sukar bagi pelajar dan membuatkan mereka bosan dan berputus asa mengakibatkan
mereka tidak lagi mahu melakukan aktiviti tersebut. demikianlah pemilihan
aktiviti serta arahan yang jelas dan mudah difahami amat penting dalam membantu
para pelajar.
JENIS-JENIS DISIPLIN
a. disiplin
antara guru – guru perlu menitik berat tentang peraturan yang perlu ada didalam bilik
darjah bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku
b. disiplin
arahan kerja - Diwujudkan apabila sesuatu tugas yang diberikan oleh guru perlu
diselesaikan dalam masa yang ditetapkan serta mempunyai ciri motivasi yang
positif kerana disiplin jenis ini dapat menggalakkan murid menyelesaikan
tugasan untuk kebaikan dan kepentingan sendiri
c. disiplin
arahan kumpulan - disiplin yang diwujudkan antara ahli berdasarkan kepada norma, nilai
dan kepercayaan ahli-ahli. Oleh itu, tingkah laku pelajar dikawal semasa
interaksi antara rakan dan guru perlu memberi bimbingan kepada ketua kumpulan
supaya nilai dan kepercayaan disemai dalam ahli kumpulan
d. disiplin
arahan diri - melibatkan diri pelajar bagi mematuhi peraturan dan biasanya wujud
secara tidak sedar apabila pelajar mencapai kematangan, boleh berfikir secara
rasional
RUMUSAN
sebagai seorang guru kita hendaklah
mengetahui apakah yang dimaksudkan dengan pengurusan bilik darjah supaya kita
dapat membina organisasi di dalam kelas dengan baik.
guru juga harus bijak memikirkan cara untuk
mengatasi masalah displin yang sering berlaku di dalam bilik darjah
No comments:
Post a Comment