INTERAKSI
- · Menurut kamus dewan edisi ketiga, interaksi bermaksud tidakan atau perhubungan aktif antara satu sama lain.
- · Interaksi juga bermaksud tindak balas antara dua atau beberapa pihak
PEMBELAJARAN
- · Proses menimba ilmu pengetahuan
- · Menurut murphy dan alexander (2006), pembelajaran ialah proses seseorang pelajar memperolehi sesuatu kefahaman dan mengubah kefahaman atau konsep tertentu yang telah dipelajainya
- · Pembelajaran disekolah sebenarnya mencakupi pelbagai pihak seperti guru, pelajar dan ibu bapa
- · Oleh itu, interaksi dalam pembelajaran boleh disimpulkan sebagai suatu bentuk komunikasi yang berlaku dalam pengurusan proses belajar yang ruang lingkupnya adalah terdiri daripada sekolah.
KONSEP INTERAKSI
·
Interaksi merupakan tindakan atau hubungan
antara 2 atau beberapa pihak ia juga merupakan bagaimana cara berkomunikasi
antara 2 individu
·
Dalam konteks sekolah interaksi selalunya
berlaku antara seorang guru dengan muridnya. Ini adalah interaksi antara 2
pihak.
·
Setersnya pula interaksi untuk beberapa
pihak iaitu dapat dilihat melalui penglibatan murid-murid didalam kelas atau
ketika melakukan aktiviti bersama
·
Interaksi juga melibatkan interaksi lisan
dan bukan lisan
·
Interaksi lisan merupakan cara
berkomunikasi seperti biasa diantara 2 pihak
·
Manakala interaksi bukan lisan pula merujuk
kepada Bahasa isyarat atau Bahasa badan yang digunakan untuk berkomunikasi
·
Contohnya apabila kita melihat orang
kelainan upaya berkomunikasi sesama mereka
JENIS INTERAKSI
·
Interaksi sehala/pasif
·
Interaksi dua hala
·
Interaksi berkumpulan
INTERAKSI SEHALA
·
Interaksi sehala mencerminkan gaya
kepimpinan dimana dalam keadaan kita ingin memberikan arahan atau penerangan
tentang sesuatu perkara secara autokratik
·
Kebiasaannya dilakukan oleh para guru
disekolah
·
Interaksi sehala selalunya terjadi apabila
sebelah pihak tidak berinteraksi dengan baik dimana satu pihak sahaja yang
memberi respon manakala pihak satu lagi tidak memberikan respon yang
sepatutnya.
·
Keadaan ini sering kita lihat apabila guru
menanyakan soalan kepada murid dan murid tersebut tidak mampu memberikan
jawapan atau respon kerana tidak memberi tumpuan yang baik didalam kelas
·
Apabila interaksi sebegini terjadi ketika
proses pengajaran dan pembelajaran disekolah berlaku di sekolah ia akan
menjejaskan apa yang guru itu ingin sampaikan dan murid tersebut akan kurang
faham berkenaan apa yang dikongsikan oleh gurunya
·
Oleh itu interaksi ini hanya sesuai dalam
situasi ingin memberi arahan atau pengumuman.
INTERAKSI DUA HALA
·
Interaksi dua hala boleh diwujudkan setelah
kedua-dua pihak yang terlibat dalam satu komunikasi memberi kerjasama yang baik
sesama mereka
·
Jika seseorang murid mampu memberi respo
ynag baik ketika disoal oleh gurunya aka ia telah menunjukkan interaksi dua hala
yang amat baik dan berkesan.
·
Untuk situasi didalam kelas interaksi dua
hala hanya merujuk kepada guru dengan murid dan bukannya murid sesama murid.
INTERAKSI BERKUMPULAN
·
Interaksi berkumpulan juga dapat mencungkil
gaya kepimpinan dimana didalam sesebuah kumpulan atau organisasi ia memrlukan
seorang ketua yang bagus.
·
Tanggungjawab ketua amat besar dimana dia
perlu menguruskan semua ahli dalam kumpulannya yang bermacam ideologi dan
tingkah laku yang berbeza dengan baik.
·
Ia berbeza dengan interaksi sehala walaupun
dalam interaksi kumpulan juga terdapat aspek memberi arahan kerana ia lebih
bersifat demokratik
·
Didalam interaksi ini guru hanya bertindak
sebagai pemerhati yang akan membuat pemantauan terhadap seluruh kumpulan
pelajarnya.
·
Interaksi kumpulan juga membantu
murid-murid untuk berkomunikasi dengan ahli kumpulannya dengan baik kerana
mereka memerlukan kerjasama yang baik sesame mereka bagi menyiapkan setiap
tugasan yang di berikan
·
Interaksi ini sememangnya boleh kita lihat
dalam tugasan berkumpulan
·
Menurut haliza & joy, 2016 yang
menyatakan interaksi yang sihat dalam aktiviti pembelajaran dapat menghasilkan
pembelajaran yang bermakna
CARA MEMBENTUK INTERAKSI YANG SIHAT DALAM
PEMBELAJARAN
·
Perlunya diterapkan sikap demokratik
didalam proses pembelajaran dimana setiap orang berhak untuk mengutarakan
pendapat mereka dan perbincangan secara sihat boleh dilaksanakan.
·
Antara cara untuk membantu membentuk dan
meningkatkan interaksi didalam kelas dapat kita mulakan dengan sikap seseorang
guru itu dimana guru perlu bersikap adil dengan semua muridnya tanpa ada sikap
berat sebelah atau pilih kasih.
·
Guru juga perlu yakin dalam setiap
penyampaiannya serta professional dalam melaksanakan tugasnya sebagai pendidik
·
Seterusnya guru perlu bertoleransi dengan murid-murid
bagi membantu mereka dengan lebih berkesan
JENIS KOMUNIKASI
·
KOMUNIKASI KE BAWAH
§ Antara
pengetua dengan guru
§ Antara guru
dengan murid
§
Antara guru dengan ibu bapa
·
KOMUNIKASI KE ATAS
§
Antara guru dengan pengetua
§
Antara murid dengan guru contohnya ketika
murid berjumpa guru kaunseling
§
Antara ibu bapa dengan guru
·
KOMUNIKASI MENDATAR
§
Antara guru sesama guru
§
Antara murid sesama murid
KEPENTINGAN INTERAKSI DALAM PEMBELAJARAN
·
Interaksi mampu mengeratkan perhubungan
guru dengan murid-murid dalabilik darjah. Perhubungan guru dan murid-muridnya
ang mesra adalah syarat penting bagi guru menyampaikan pelajaran dengan
berkesan
·
Interaksi dalam pengajran dan pembelajaran
adalah penting kerana interaksi merupakan proses utama agi guru menyampaikan ilmu
pengetahuan kepada muridnya.
·
Melalui interaksi juga guru dapat melaksanakan racangan mengajarnya
mengikut objektif pelajar yang ditentukan.
·
Melalui interaksi dengan bahan pelajaran,
guru dapat menyampaikan pelajarannya dengan berkesan. Pertukaran maklumat atau
idea di antara guru dengan murid memerlukan interaksi dua hala
RUMUSAN
Dalam
mewujudkan interaksi yang berkesan komunikasi yang baik juga perlu dititik
beratkan dimana kita perlu memperlakukan orang lain sebagai mana kita ingin
diperlakukan. Jika kita hendak dilayan dengan ramah dan mesra kita juga perlu
dilayan sebegitu. Bercakap tentang komunikasi yang merupakan perkara yang
sememangnya amat dekat dengan interaksi dimana ia merupakan proses untuk kita
bertutur atau menyampaikan sesuatu kepada orang lain baarulah terjadinya
interaksi antara dua pihak. Justeru itu kia perlu pandai dalam menjaga
komunikasi kita dengan orang lain supaya semua orang senang untuk berinteraksi
dengan kita.
No comments:
Post a Comment