DEFINISI PENGURUSAN
·
Pengurusan sebagai proses
perancangan,penyusunan, pengarahan,dan pengawalan usaha ahli-ahli organisasi
dan menggunakan semua sumber organisasi untuk mencapai matlamat organisasi
·
Pengurusan sebagai proses pengarahan, penyelarasan,
dan pengaruh ke atas operasi organisasi untuk mencapai matlamat yang dikehendaki
dan prestasi sepenuhnya
KEPENTINGAN PENGURUSAN
1. Menambah
pengetahuan
2. Meningkatkan
mutu amalan kerja guru
3. Menambhkan produktiviti
4. Mendapatkan
keredaan Allah
PERSPEKTIF PENGURUSAN
1. BILIK DARJAH
2. SEKOLAH
PENGURUSAN BILIK DARJAH
·
Pengurusan bilik darjah merupakan salah
satu usaha atau inisiatif yang perlu dilakukan guru disekolah bagi memastikan
para pelajar semakin berminat dalam pembelajaran serta membantu para pelajar
untuk melibatkan diri dalam setiap aktiviti yang dilakukan didalam kelas.
·
Pengurusan bilik darjah juga bertujuan
untuk memastikan proses pembelajaran berlaku dengan lebih efektif
·
Selain itu, seorang guru yang bijak dan
berdedikasi, guru tersebut mampu mengawal keadaan kelasnya supaya para pelajar
berada dalam keadaan terkawal bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini
STRATEGI PENGURUSAN PEMBELAJARAN
1. BERPUSATKAN
PELAJAR
·
Bermaksud para pelajar perlu menunjukkan
hasil apa yang mereka perolehi dari sesi pembelajaran
·
Para pelajar juga digalakkan untuk turut
serta dalam setiap aktiviti yang dijalankan bagi mewujudkan pelajar yang
seimbang dari segi akademik dan pengilibatan
2. BERPUSATKAN
BAHAN
·
Dalam membantu para pelajar mudah memahami
apa yang diajarkan, guru perlu bijak dalam berfikiran kreatif dan kritis supaya
para pelajar lebih berminat dan bersemangat untuk melakukan aktiviti
bersama-sama didalam kelas.
3. BERPUSATKAN
GURU
·
Sebelum memulakan sesi pengajaran dan
pembelajaran guru perlu membuat persediaan yang secukupnya bagi memastikan para
pelajar dapat input yang sepenuhnya dari sesi pembelajaran
·
Guru yang bagus sememangnya guru yang
menjaga kualiti pengajarannya supaya sentiasa memberikan yang terbaik untuk
anak didiknya
PRINSIP PENGAJARAN
1. SET INDUKSI
·
Merujuk kepada aktiviti yang dapat membantu
para pelajar lebih berminat dengan sesi pembelajaran yang sedang berlangsung
2. PENYAMPAIAN
·
Seorang guru perlu memastikan setiap
pelajarnya mampu menerima dan memahami penyampaian yang disampaikan supaya
pelajar tersebut tidak ketinggalan.
·
Setiap pelajar mempunyai cara kefahaman
yang berbeza. Oleh itu, guru perlu bijak dalam membuat penyampaian
3. PENUTUP
·
Sebellum menamatkan setiap sesi pengajaran
dan pembelajaran guru sebaiknya melakukan penilaian dimana dengan melakukan
kuiz aau pun menyoal para pelajarnya disamping dapat mengesan sama ada para
pelajar tersebut dapat mengikuti sesi pembelajaran dengan sebaik mungkin atau
tidak
·
Guru juga perlu membuat pengukuhan bagi
pelajar yang faham akan apa yang mereka pelajari serta membantu pelajar yang lemah untuk lebih menguasai
setiap pembelajaran
PENGURUSAN PELBAGAI BUDAYA
·
Merujuk kepada bagaimana penerimaan dan
layanan guru kepada murid serta keberkesanan pedagogi dan strategi pembelajaran
yang digunakan oleh guru yang meliputi pemilihan bahan yang digunakan ketika
sesi pengajaran dan pembelajaran.
PENGURUSAN PELBAGAI UPAYA
·
Merujuk kepada ketelitian guru terhadap
pelajarnya bagi membantu membuat pemulihan keatas pelajar yang memerlukan
·
Guru juga perlu mengenal pasti setia
pelajarnya sama ada mereka ada yang tergolong didalam pintar cerdas, autism,
disleksia dan sebagainya kerana golongan ini memerlukan penyampaian yang
berbeza dari pelajar yang normal
PENGURUSAN SEKOLAH
·
Pengurusan sekolah perlu kratif dan
inovatif dalam membentuk orgaisasi sekolah yang dinamis dalam penyebaran ilmu
pengetahuan baru, budaya saintifik, penyebaran teknologi maklumat dan
pembangunan potensi manusia seperti yang dikatakan oleh abd Rahim abd rashid
2001
·
Pengurusan sekolah melibatkan sumber, bilik
pembelajaran, tingkah laku/disiplin, penasihatan, multibudaya, multiupaya,
sekolah dan masyarakat dan pengurusan kokurikulum.
PENGURUSAN SUMBER
·
Melibatkan pengurusan bilik sumber
·
Pusat sumber dan perpustakaan
·
Bilik instruksional
·
Bilik tayang
·
Bilik BOSS
·
Pembelian bahan-bahan
DEFINISI PEMBELAJARAN
·
Pembelajaran adalah merujuk kepada perubahan dalam
tingkahlaku subjek atau tingkah laku berpotensi dalam suatu situasi yang diwujudkan oleh pengalaman-pengalaman
berulang subjek dalam situasi tersebut
·
BowerdanHilgard (1981) sebenarnya,
pembelajaran merupakan perubahan tingkah laku secara kekal. Pembelajaran mesti diterjemahkan kepada
tingkah laku yang boleh diperlihatkan.
·
Fryetal (2003) Pembelajaran adalah
perubahan yang berlaku dalam perlakuan pelajar yang dididik hasil daripada
penglibatannya dalam suatu pengalaman pendidikan.
DEFINISI PENGURUSAN PEMBELAJARAN
·
Pengurusan Pembelajaran merupakan bidang
pengurusan yang paling utama dalam arena pendidikan. Bidang ini memberi impak
yang besar bagi sesebuah institusi pendidikan dalam melaksanakan tanggungjawab
organisasi sekolah untuk mencapai prestasi cemerlang dalam aspek akademik
pelajar. Pengurusan pembelajaran adalah proses merancang pengajaran dan
pembelajaran agar mencapai matlamat, menentukan atau memberi garis panduan
perkara-perkara yang perlu dilakukan oleh guru, menentukan mata pelajaran yang
diajar guru mengikut kepakaran, memimpin dan memberi inspirasi kepada guru dan
mengawal aktiviti serta memantau pelaksanaan agar ianya berjalan sebagaimana
yang dirancang. (Nurlia Mohamad, 2012)
PRINSIP PEMBELAJARAN
1. KESEDIAAN
PEMBELAJARAN – merujuk kepada bagaimana keadaan pelajar tersebut untuk belajar
sama ada dari segi mentalnya, fizikal mahupun emosi sebelum belajar. Hal ini
amat penting dalam membantu pelajar tersebut sentiasa focus dalam
pembelajarannya
2. PENGALAMAN –
menimba pengalaman amat penting sebenarnya bagi pelajar kerana jika seseorang
pelajar itu mempunyai pengalaman yang banyak ia akan mampu mengatasi dan
mengharungi setiap kemungkinan yang berlaku.
3. LATIHAN –
bagi memastikan kefahaman yang diperolehi kekal dan bertambah kukuh. Para
pelajar perlu sentiasa melakukan latihan
4. KONDUSIF - suasana pembelajaran yang selesa dari segi minda,
fizikal,emosi dan rohani.
5. BERMATLAMAT
– setiap pengajaran yang disampaikan perlulah mempunyai matlamat dan setiap
pelajar perlu jelas tentangnya.
6. PENGLIBATAN
AKTIF – bagi memastikan pelajar selesa dan gembira dalam sesi pembelajaran
mereka. Guru perlu memastikan setiap dari pelajar dida;am kelas perlu
melibatkan diri tidak kira aktiviti apa yang berlangsung didalam kelas meskipun
dalam soal menjawab pertanyaan yang diajukan walaupun pertanyaan tersebut
diberikan secara umum kepada semua ahli kelas yang ada.
7. PERSEDIAAN
AWAL – guru sendiri perlu memahami apa yang hendak diajarkan dan mebuat
persedian yang secukupnya termasuklah dating tepat pada waktunya
8. MENGKAJI
MURID – setiap guru pelu teliti terhadap persekitaran dan keadaan para pelajar
bagi memastikan penyampaian yang sepatutnya dapat diberikan keran setiap
pelajar itu berbeza tahap kefahamannya.
9. UNSUR
DORONGAN – guru perlu menjadi pendorong yang terbaik buat pelajar dalam
memastikan mereka sentiasa bersemangat dalam pelajaran mereka.
JENIS – JENIS PEMBELAJARAN
·
MEMPROSES MAKLUMAT – yang merujuk kepada
usaha mengenal rangsangan, menamakan rangsangan, mengelaskan serta membina
konsep dan prinsip
·
MENGGUNAKAN PENGALAMAN – melibatkan
pembelajaran membina kebiasaan, membina kemahiran dan menyelesaikan masalah
PROSES PEMBELAJARAN
RUMUSAN
Dalam memastikan setiap gerak kerja dalam
proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung degan baik. Setiap aspek yang
berkait rapat perlu memainkan peranan yang penting supaya setiap pelajar dapat
menerima input yang sebaik mungkin. Bermula dari pengurusan disekolah
sehinggalah memastikan setiap pelajar bersedia untuk menjalani proses
pengajaran dan pembelajaran semua pihak perlu memainkan peranan masing-masing.
Yang paling utama ialah peranan guru yang perlu peka terhadap keadaan
disekelilingnya dimana merujuk kepada bagaimana persekitaran sekolah dan tempat
belajar untuk pelajarnya.
No comments:
Post a Comment