BILIK PEMBELAJARAN
Bilik pembelajaran atau bilik darjah
seperti yang kita ketahui ia merujuk kepada tempat di sekolah yang dijadikan
sebagai tempat berlakunya proses pengajaran dan pembelajaran. Di dalam bilik
pembelajaran selalunya akan dilengkapi dengan peralatan atau kemudahan seperti
meja belajar murid beserta kerusi dan turut disediakan untuk guru. Didalam
bilik darjah juga dilengkapi dengan papan putih atau papan hitam untuk kegunaan
sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran.
JENIS-JENIS BILIK PEMBELAJARAN
·
Bilik darjah tradisi
·
Bilik darjah terbuka
·
Bilik darjah bercantum
·
Bilik darjah pra sekolah
·
Bilik darjah pembelajaran abad ke-21
·
Bilik darjah multimedia
BILIK DARJAH TRADISI
Mempunyai susun atur baris demi baris yang
sesuai untuk aktiviti P&P bagi keseluruhan kelas yang berpusatkan guru.
Selalunya pelajar yang mempunyai masalah pendengaran atau penglihatan akan
diberikan keutamaan untuk duduk di barisan paling hadapan.
BILIK DARJAH TERBUKA
Merupakan persekitaran untuk aktiviti
berkumpulan mahupun aktiviti individu secara serentak. Bilik darjah ini tidak
mementingkan kurikulum kerana selalunya murid bebas untuk memilih, merancang
dan melaksanakan aktiviti pembelajaran yang diminati. Malah untuk bilik darjah
ini ujian dan peperiksaan tidak diutamakan kerana lebih memfokuskan kepada
murid bebas memilih kumpulan untuk melakukan aktiviti bersama mahupun melakukan
aktiviti projek secara individu.
BILIK DARJAH BERCANTUM
Didalam kelas ini dicampurkan semua pelajar
yang berlainan umur tetapi mengikut tahap persekolahan mereka. Bilangan mereka
juga terhad dimana didalam satu kelas hanya mempunyai 14 orang sahaja bagi satu
tahun persekolahan. Sistem kelas sebegini kadang-kadang akan membiarkanpelajar
yang lain tahun persekolahan untuk melakukan aktiviti pembelajaran sendiri
apabila guru memfokuskan kepada murid dalam satu tahun persekolahan. Kelas
sebegini selalunya terjadi di tempat terpencil yang mempunyai kurang penduduk
di persekitarannya.
BILIK DARJAH PRA SEKOLAH
Terdiri dari kanak-kanak yang berumur 4-6
tahun dan berfungsi sebagai tempat melatih kanak-kanak dalam Pendidikan asas
secara informal dan melakukan aktiviti pembelajaran berlandaskan permainan
seperti menghias, mewarna dan sebagainya.
BILIK DARJAH MULTIMEDIA
Merupakan bilik darjah yang dilengkapi
kemudahan computer untuk aktiviti P&P serta tempat yang menggalakkan
pelajar mencari maklumat menggunakan internet. Di dalam bilik ini guru
bertindak sebagai fasilitator yang akan memantau setiap pergerakan supaya
pelajar tidak melayari perkara yang tidak sepatutnya.
BILIK DARJAH MATA PELAJARAN KHAS
Bilik darjah ini merujuk kepada bilik yang
digunakan untuk melakukan ujian amali atau projek tertentu kerana bilk ini
dilengkapi dengan peralatan dan kemudahan untuk melakukan ujian. Jika disekolah
bilik ini adalah makmal sains, makmal biologi dan makmal fizik.
BILIK MATA PELAJARAN KHAS
·
Bilik darjah
·
Makmal ict/ multimedia
·
Gymnasium
·
Bilik muzik
·
Makmal sains
·
Bilik psv
·
Bengkel kemahiran – khb, rbt, mpv
·
padang
STRATEGI PENGURUSAN BILIK DARJAH
SAIZ BILIK DARJAH
Bagi memastikan keselesaan murid ketika
proses p&p setiap kelas ditetapkan ukuran dan jmlah murid yang ideal untuk
memberi ruang yang cukup untuk melakukan pergerakan dan menjalankan aktiviti.
SUSUNAN BILIK DARJAH
Penting untuk membuat susunan bilik darjah
yang baik kerana ia boleh mempengaruhi faktor psikososial murid dan gaya
pengajaran guru. Susunan bilik darjah juga seharusnya memberi kemudahan kepada
murid bagi menjalankan aktiviti pembelajaran berpusatkan murid dan aktiviti
kumpulan.
Sharifah alwiah alsagof (1986:44),
Persekitaran fizikal bilik darjah yang baik
akan dapat meningkatkan kuasa serta sumber pengajaran guru.
Kementerian pendidikan malaysia (1981:16),
Kemasnya organisasi benda-benda fizikal di
dalam bilik darjah seperti kerusi, meja, almari dan lain-lain tidak menjamin yang
pembelajaran boleh berlaku melainkan jika guru menguruskan murid-murid selaras
dengan matlamat yang dituju.
Atan Long (1986:109)
Menyatakan bahawa pengurusan bilik darjah
hendaklah berdasarkan fungsi dan matlamat yang hendak dicapai melalui
penggunaan bilik darjah. Dalam hal ini, penyusunan bilik darjah dapat
melibatkan beberapa tujuan supaya tercapai objektif yang hendak ditentukan.
Antara yang ditekankan seperti masa, tenaga, alat pengajaran yang dapat
digunakan dengan baik, kemudahan digunakan secara berkesan dan susunan
menggalakkan untuk pembelajaran.
CONTOH SUSUNAN DI DALAM BILIK DARJAH

Gaya Auditorium - penyusunan tradisional di
mana murid menghadap guru
PENCAHAYAAN DAN PENGUDARAAN
·
Mempunyai tingkap dan pintu yang mencukupi
·
Tingkap dan pintu dibuka untuk membolehkan
udara masuk ke dalam kelas
CIRI KESELAMATAN
·
Ruang kerja selesa – merujuk kepada susun
atur didalam kelas
·
Ruang yang bersih dan selamat
·
Cahaya dan pengudaraan yang baik
·
Sudut pameran
·
Papan tanda “larangan”, “bahaya” yang jelas
untuk kawasan berbahaya
BILIK DARJAH PEMBELAJARAN ABAD KE 21
Merujuk kepada susun atur meja dan kerusi
mengikut kumpulan setelah pelajar dibahagikan dalam bentuk kumpulan mengikut
tahap kebolehan mereka. Ini bertujuan bagi menggalakkan interaksi antara
guru-murid dan murid-murid. Keadaan ini juga akan membuatkan murid lebih aktif.
RUMUSAN
Pengurusan bilik darjah mungkin nampak
remeh bagi sesetengah pihak namun sebenarnya ia memberi faktor yang amat
penting bagi keberkesanan proses pembelajaran. Susun atur didalam bilik darjah
juga boleh membantu seseorang pelajar untuk menjadi aktif dan bersemangat ketika
sesi pembelajaran. Susun atur yang baik boleh membantu murid yang pasif supaya
turut serta dalam aktiviti yang dijalankan didalam bilik darjah. Pengurusan
bilik darjah yang baik akan membantu interaksi antara guru dan murid atau murid
sesama murid berinteraksi dengan baik dan berkesan.
No comments:
Post a Comment