Thursday, December 27, 2018

BAB 11 : PENGURUSAN PELBAGAI BUDAYA

DEFINISI BUDAYA
·         Budaya merujuk kepada ciri-ciri atau hasil tingkah laku yang dipelajari oleh sekumpulan manusia daripada persekitaran sosial (amir 2002)
·         Budaya adalah keseluruhan yang komplek yang mengandungi ilmu pengetahuan, kepercayaan, kesenian, moral, undang-undang, adat dan sebarang bentuk keupayaan yang diperolehi oleh seseorang sebagai ahli masyarakat (tylor 1871)
·         Budaya adalah proses sosial dimana budaya dan struktur sosial adalah saling berkaitan (bourdieu 1990)

DEFINISI PELBAGAI BUDAYA
·         Satu sistem kepercayaan dan tingkah laku yang mengiktiraf dan menghormati kewujudan kepelbagaian dalam kelompok sebuah organisasi atau masyarakat, mengakui dan menghargai perbezaan sosiobudaya, dan menggalakkan dan menerima sumbangan berterusan mereka dalam konteks dan budaya yang inklusif dalam organisasi atau masyarakat berkenaan.

TEORI SOSIAL PEBAGAI BUDAYA
·         MELTING POT 1 : ANGLO CONFORMITY
-       Masyarakat yang terdiri daripada individu yang pelbagai latar belakang agama, etnik, bahasa, dan budaya harus disatukan dalam satu wadah yang paling dominan.

-       Teori ini melihat individu dalam masyarakat secara hierarki, iaitu kumpulan majoriti dan minoriti.

-       Sebagai contoh, apabila kumpulan majoriti adalah penganut agama A, maka kumpulan minoriti hendaklah mengikut agama golongan majoriti.

-       Teori ini jelas tidak berpegang kepada prinsip demokrasi


·         MELTING POT 2 : SYNTHESIS
-       Setiap individu dalam suatu masyarakat yang pelbagai latar belakang, disatukan dalam satu wadah, dan seterusnya membentuk wadah baru, dengan memasukkan sebahagian unsur budaya yang dimiliki oleh setiap individu dalam masyarakat tersebut.

-       Identiti agama, etnik, bahasa, dan budaya asli anggota masyarakat yang pelbagai ini akan membentuk satu identiti yang baru, lama-kelamaan akan hilanglah identiti yang asal.
-       Teori ini tidak sepenuhnya demokratik, kerana hanya mengambil sebahagian unsur budaya asli individu dalam masyarakat, dan membuang sebahagian unsur budaya yang lain.

·         CULTURAL PLURALISM : MOSAIC ANALOGY
-       Masyarakat yang terdiri daripada individu dari pelbagai kaum yang mempunyai latar belakang agama, etnik, bahasa, dan budaya tersendiri, memiliki hak untuk mengekspresikan identiti budaya mereka secara demokratik.

-       Teori ini sama sekali tidak meminggirkan identiti budaya tertentu, termasuk identiti budaya kelompok minoriti.


PENDIDIKAN PELBAGAI BUDAYA
·         Kepelbagaian latar belakang individu dalam masyarakat mempengaruhi kepelbagaian latar belakang para pelajar dalam institusi pendidikan (Banks, 1989).

·         Pendidikan pelbagai budaya ialah proses atau strategi pendidikan yang melibatkan lebih daripada satu budaya, yang ditunjukkan melalui bahasa, etnik, atau ciri-ciri ras (Saha, 1997).

·         Tujuan pendidikan pelbagai budaya adalah untuk mewujudkan kesedaran, toleransi, pemahaman, dan pengetahuan yang mengambil kira perbezaan dan persamaan antara budaya dan kaitannya dengan pandangan dunia, konsep, nilai, keyakinan, dan sikap.

TIGA ASPEK YANG DAPAT DILIHAT DI DALAM PENDIDIKAN BUDAYA
1.      ASPEK KONSEP
-       dari semua aspek kita melihat bahawa semua pelajar adalah sama dan perlu melayan mereka dengan sama rata tanpa membebezakan dari pelbagai aspek seperti kelas sosial dan sebagainya

2.      ASPEK GERAKAN
-       merupakan salah satu inisiatif untuk memastikan semua pelajar dari pelbagai latar bekang untuk mendapatkan Pendidikan yang sama

3.      ASPEK PROSES
-       satu proses unuk membantu semua pelajar mendapat Pendidikan yang sama

DIMENSI PENDIDIKAN PELBAGAI BUDAYA
·         CONTENT INTEGRATION
-       Pendidikan pelbagai budaya mampu menjadi penyatu semua pelajar walaupun berbeza budaya
·         THE KNOWLEDGE CONSTRUCTION PROCESS
-       Pendidikan tentang budaya mampu mendedahkan para pelajar kepada pelbagai budaya yang mampu menjadi penyatu mereka semua

·         AN EQUITY PEDAGOGY
-       Pendidikan pelbagai budaya mampu menyesuaikan kaedah pengajaran yang sesuai kepada semua pelajar

·         PREJUDICE REDUCTION
-       disebabkan budaya yang berbeza bagi setiap orang yang mungkin membawa kepda sikap prejudis yang mampu meletakkan jurang diantara satu sama lain. oleh itu, dari aspek Pendidikan mampu menghalang perkara tersebut dari berlaku.

·         AN EMPOWERING SCHOOL CULTURE AND SOCIAL STRUCTURE
-       budaya sebenarnya mampu menjadi penyatu sosial yang baik dianatara semua orang kerana ia merupakan salah satu nilai yang setiap orang hargai dan sayangi

PRINSIP PENDIDIKAN PELBAGAI BUDAYA BERKESAN
pendidikan pelbagai budaya adalah satu idea, satu tindakan membentuk semulapendidikan dan satu proses (Banks,2002). Sebagai satu idea, pendidikan pelbagai budaya cuba mewujudkan satu peluang yang saksama kepada semua pelajar yang dari golongan,kaum, sosio-ekonomi, budaya yang berlainan, dengan mengubah persekitaran sekolah agar iadapat menunjukkan kepelbagaian kebudayaan dan golongan dalam sekolah dan sosial.Pendidikan pelbagai budaya adalah satu proses kerana matlamatnya adalah ideal di manapihak pentadbir dan guru perlu terus berusaha dan berjuang untuk mencapai matlamat tersebut.  

ANTARA CONTOH BUDAYA DI SEKOLAH IALAH
·         Budaya belajar
·         Budaya berpakaian
·         Budaya hormat-menghormati
·         Budaya berani menyoal
·         Budaya membaca
·         Budaya penyayang

PENDEKATAN PELAKSANAAN PENDIDIKAN PELBAGAI BUDAYA
·         merupakan kreativiti seorang guru untuk membatu pelajar supaya lebih mudah untuk belajar serta membantu pelajar belajar dengan pendekatan yang berbeza atau lebih tepat lahgi menggunakan pendekatan yang dekat dengan pelajar supaya pelajar lebih mudah untuk memahaminya
·         Pendidikan pelbagai budaya yang berprinsipkan kepada penghargaan, empati dan kesamarataan

DASAR PENDIDIKAN PELBAGAI BUDAYA MELIBATKAN

LAPORAN BARNES (1951)
– menyatakan pendidikan haruslah membentuk satu bangsa yang berasakan pelbagai kaum
LAPORAN FENN-WU (1951)
– menyatakan Pendidikan perlu dituju bagi membina matlamat dalam membantu kanak-kanak menempu segala bidag kehidupan berdasarkan latar belakang kehidupan masyarakat malaya
ORDINAN PENDIDIKAN (1952)
 – ingin mewujudkan sekolah yang menggunakan bahasa pengantar bahasa melayu dan bahasa inggeris serta ingin mewujudkan sekolah vernacular cina dan tamil
AKTA PENDIDIKA (1961)
– mementingkan demokrasi Pendidikan dan pengekalan budaya etnik masing-masing

KEPENTINGAN MEMAHAMI KEPELBAGAIAN BUDAYA BAGI GURU
·         guru boleh menjadi ajen yang dapat memupuk perpaduan dalam kalangan muridnya dengan menggunakan budaya dari kaum masing-masing dimana mengajarkan tentang budaya kepada semua pelajar
·         seorang guru juga akan lebih bersedia untuk berhadapan dengan murid  daripada pelbagai budaya dengan mengamalkan sikap tidak berprasangka atau prejudis serta berhemah dan menghormati nilai serta amalan budaya setempat

PENGURUSAN PELBAGAI BUDAYA DALAM BILIK DARJAH

CIRI-CIRI GURU BERKESAN
Banks (1989)
·         Sensitif terhadap tingkah laku para pelajar dari pelbagai latar belakang.

·         Sensitif terhadap kemungkinan wujudkan kontroversi tentang topik yang diajar.

·         Menggunakan teknik pembelajaran secara berkumpulan (koperatif) untuk meningkatkan integrasi etnik dalam pembelajaran

Najeemah (2007)
·         Guru mesti tidak berat sebelah dan perlu berfikiran terbuka.

·         Guru perlu jujur dan menghargai alternatif budaya seperti bahasa, kepercayaan, nilai dan tingkah laku.

·         Guru mestilah menganggap bahawa kepelbagaian budaya memberi manfaat kepada mereka. Dengan pengetahuan yang ada guru dapat memahami pelajar daripada budaya yang berlainan

RUMUSAN
Dalam bab ini ianya menceritakan tentang apa itu pengurusan pelbagai budaya dalam kalangan murid. Di sini juga ada menceritakan bagai mana funsi budaya dalam pendidikan atau bagaimana perkaitan pendidikan dan budaya yang mampu memberi kesan kepada murid-murid. seterusnya, ada juga menceritakan tentang bagaimana budaya mampu mewujudkan keharmonian di sekolah mahupun dalam kalangan masyarakat.


No comments:

Post a Comment