Pengurusan murid pelbagai upaya merupakan
satu langkah yang diambil untuk membantu murid-murid yang mengalami masalah
dalam pembelajaran. Secara amnya, pengurusan murid pelbagai upaya ini lebih
terarah kepada program pendidikan kahas yang dijalankan ke atas pelajar-pelajar
yang mempunyai masalah pembelajaran sama ada secara fizikal atau mental.
Pendidikan khas itu sendiri merujuk kepada program yang dibentuk untuk memenuhi
keperluan pendidikan murid-murid yang berkeperluan khas. Pendidikan khas juga
merujuk kepada satu pendekatan, rancangan pendidikan, strategi, kaedah dan
teknik untuk mengajar murid-murid istimewa kerana mereka tidak berupaya untuk
mencapai target yang sepatutnya daripada program sekolah aliran perdana.
Kajian mengenai pengurusan murid pelbagai
upaya ini memfokuskan kepada empat topik perbincangan iaitu pemulihan,
pengayaan, pelbagai kecerdasan dan berkeperluan khas. Program pemulihan dan
pengayaan diwujudkan atas arahan Kementerian Pelajaran Malaysia bertujuan untuk
memastikan murid-murid yang menghadapi masalah dalam pembelajaran mampu untuk
belajar sekiranya guru-guru menggunakan kaedah pembelajaran yang sewajarnya.
Manakala pelbagai kecerdasan ialah teori
yang diperkenalkan oleh seorang tokoh barat iaitu Howard Gardner. Teori ini
membincangkan tentang pelbagai keupayaan yang dimiliki oleh murid yang
mempunyai kecerdasan dan kepintaran luar biasa. Aspek keempat yang diberi
tumpuan dalam kajian ini ialah bekeperluan khas. Melalui topik ini, pelbagai
masalah pembelajaran dibincangkan seperti masalah disleksia, hiperaktif,
sindrom down, autisme dan kerencatan mental. Selain itu, aspek murid pintar
cerdas juga turut diberi penekanan dalam kajian ini.
Pemulihan
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005),
perkataan “pulih” bermaksud kembali seperti biasa atau kembali dalam keadaan
semula. Manakala “pemulihan” pula bermaksud perbuatan memulihkan dan
pengembalian kepada keadaan semula. Dalam konteks pelajar pelbagai upaya,
pemulihan merujuk kepada kanak-kanak yang menghadapi masalah dalam
pembelajaran. Pembelajaran pemulihan kebiasaannya dikaitkan dengan usaha untuk
memperbaiki sesuatu kekurangan atau memperbetulkan sesuatu. Selain itu, menurut
Ab. Rahman, et. al. 1997 dalam buku Pengantar Pendidikan Khas karya Mohd Zuri
Ghani dan Aznan Che Ahmad (2011), pemulihan merupakan lanngkah-langkah khas
yang diusahakan untuk membantu murid-murid yang menghadapi masalah pembelajaran
dalam menguasai kemahiran 3M. Mereka ini kemudiannya diberikan program
pemulihan sebaik sahaja masalah tersebut dapat dikesan.
Program Pemulihan merupakan langkah-langkah
khusus yang dijalankan bertujuan untuk membantu murid-murid yang menghadapi
masalah pembelajaran tertentu dalam kemahiran asas 3M iaitu membaca, menulis
dan mengira. Golongan pelbagai upaya ini perlu dipulihkan sebaik sahaja masalah
yang dihadapi itu dapat dikesan oleh guru mata pelajaran atau guru bilik darjah
dengan langkah-langkah yang sewajarnya.
Menurut Kementerian Pelajaran Malaysia
pula, program pemulihan ini dispesifikasikan kepada Program Pemulihan Khas yang
dibina untuk membantu murid-murid yang menghadapi masalah khusus dalam
pembelajaran, iaitu untuk membantu mereka menguasai kemahiran asas 3M. Menurut
Jabatan Pendidikan Khas Kementerian Pelajaran Malaysia, 2008 yang diolah oleh
Mohd Zuri Ghani dan Aznan Che Ahmad dalam bukunya yang bertajuk Pengantar
Pendidikan Khas (2011), murid pemulihan khas didefinisikan sebagai murid yang
menghadapi kesukaran dalam penguasaan kemahiran 3M disebabkan oleh faktor
persekitaran dan bukan kognitif.
Secara kesimpulannya, pemulihan merupakan
satu aktiviti pengajaran dan pembelajaran alternatif yang diguakan untuk
membantu murid yang menghadapi masalah di dalam kelas. Pelaksanaan program
pemulihan ini bermatlamat untuk menghakis jurang perbezaan terutamanya
pencapaian murid dalam sesuatu aktiviti. Sekiranya matlamat ini dapat dicapai,
golongan pelbagai upaya ini tidak merasa diri mereka disisihkan dan mereka
dapat belajar bersama-sama dalam suasana pembelajaran yang lebih baik dalam
kelas.
Pengayaan
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005),
perkataan “gaya” pula membawa maksud sikap dan cara berkelakuan yag menjadi
ciri seseorang. Manakala “pengayaan” pula bermaksud perihal (usaha, proses,
pencorakan) menggayakan, misalnya menggayakan atau meluaskan kosa kata..
Pengayaan ialah aktiviti-aktiviti tambahan kepada aktiviti asas pembelajaran
yang dijalankan sama ada di dalam waktu sekolah atau di luar kawasan sekolah.
Aktiviti penggayaan disediakan untuk semua murid di dalam kelas, sama ada di
peringkat sekolah rendah atau menengah dan sama ada kumpulan cerdas atau
sederhana cerdas. Dalam kajian terhadap pengurusan murid pelbagai upaya ini,
pengayaan merujuk kepada aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh pelajar yang
bermasalah dalam pembelajaran untuk menambahkan pengetahuan dan memperluaskan
pengalaman mereka.
Sesuai dengan keperluan pendidikan kini
yang tidak lagi berpusat kepada guru, program pengayaan memberi peluang kepada
murid menjalankan aktiviti secara aktif. Keadaan ini bersesuaian dengan
kehendak program pengayaan yang menyediakan aktiviti bercorak belajar sendiri
tanpa memerlukan banyak pimpinan dan tunjuk ajar daripada guru. Hal ini
bermakna, program pengayaan bukan sahaja dapat memenuhi keperluan setiap
individu dari segi memperluaskan pengetahuan dan pengalaman, malah turut
merangsang permikiran murid.
Pengayaan boleh dibahagikan kepada dua
iaitu pengayaan mendatar dan pengayaan menegak. Pengayaan mendatar merupakan
aktiviti pengayaan berdasarkan kepada tahap pencapaian murid. Murid-murid dalam
kumpulan akan diberi aktiviti pengayaan yang lebih mudah dan kurang mencabar
daripada aktiviti yang diberi kepada kumpulan sederhana dan cerdas. Manakala
pengayaan menegak merupakan aktiviti pengayaan berdasarkan minat dan bakat
murid dalam kumpulan cerdas sahaja. Aktiviti ini akan dirancang dan
dilaksanakan dalam bentuk yang lebih kompleks, mencabar dan dalam peringkat
yang lebih tinggi daripada taraf pencapaian murid darjah biasa.
Dalam melaksanakan program pengayaan ini,
beberapa prinsip perlu diberi perhatian. Antaranya ialah memberi penekanan
kepada aktiviti yang bersifat kreatif dan eksperimental, membuat kerja sendiri
dan hasilan kerja, menggunakan daya usaha sendiri, memberi peluang untuk
mengembangkan sifat kepimpinan sosial, menggunakan kaedah dan organisasi yang
mudah diubah serta melibatkan pembacaan yang luas. Selain itu, bahan bantu
belajar yang sering digunakan untuk aktiviti pengayaan ialah kad-kad bacaan
tambahan, lembaran kerja, permainan dan rekreasi, dan alat-alat teknologi yang
lain. Bahan-bahan ini haruslah mengandungi penerangan dan penjelasan yang jelas
supaya mudah difahami oleh murid.
TEORI KECERDASAN PELBAGAI
Dr howard gardner menyatakan bahawa
kecerdasa tidak semestinya diwarisi melalui keturunan tapi ia juga mampu
dipengaruhi berdasarkan faktor pemakanan, budaya, persekitaran dan peluang
Pendidikan serta suasana pembelajaran yang diperolehi oleh seseorang itu.
beliau juga menyatakan bahawa terdapat 9 jenis kecerdasa untk mengukur tahap
kecerdasa individu iaitu :
1. KECERDASAN
LOGIK-MATEMATIK
-
merujuk kepada pelajar yang mempunyai
kelebihan dalam matematik serta mampu untuk berfikir secara heuristic, induktif
dan deduktif, membuat inferens, generalisasi, perhitungan dn pengujian
hipotesis
2. KECERDASAN
VERBAL-LINGUISTIK
-
merujuk kepada golongan yang mempunyai kosa
kata yang tingggi serta mampu memanipulasi ayat serta memahami Bahasa kompleks
selain lebih sensitive dan peka terhadap sesuatu perkataan
3. KECERDASAN
MUZIK
-
merujuk kepada golongan yang mempunyai
kelebihan dalam muzik dari aspek minat serta mampu meluahkan perasaan melalui
muzik. merka ini juga peka terhadap bunyi nonverbal iaitu bunyian daripada alam
semulajadi seperti binatang dan sebagainya
4. KECERDASAN
KINESTETIK BADAN
-
mempunyai kelebihan dalam menggunakan
anggota badan
5. KECERDASAN
INTERPERSONAL
-
golongan yang mampu berkomunikasi dengan
sangat baik dimana mereka boleh memahami dan membezakan perasaan, keinginan
hati, hasrat dan tabiat orang lain
6. KECERDASAN
INTARPERSONAL
-
merujuk kepada mereka yang mampu menentukan
hala tuju hidup mereka serta sangat berdisiplin dan mampu berdikari
7. KECERDASAN
RUANG VISUAL
-
merujuk kepada mereka yang amat peka
terhadap warna, garisan, bentuk, corak dan ruang dalam Kawasan persekitaran
mereka
8. KECERDASAN
NATURALIS
-
golongan yang peka terhadap alam sekitar.
merekajuga sensitive terhadap isu mengenai isu global, isu kemanusiaan dan
meminati kejadian alam
9. KECERDASAN
EKSISTENSIALIS
-
golongan yang cenderung kepada mengkaji
sesuatu keaadaan dan menimbulkan banyak persoalan tentang kehidupan reality
RUMUSAN
dalam bab ini kita dapat mengetahui apa
sebenarnya yang dimaksudkan dengan murid pelbagai upaya. dalam bab ini ada
menyatakan bahawa murid pelbagai upaya bukanlah hanya merujuk kepada murid yang
sakit serta mengalami kekurangan anggota badan atau mengalami masalah fizikal
sahaja namun di dalam bab ini ada juga dinyatakan tentang kelebihan sesetengah
pelajar yang perlu diberi penelitian dan pemerhatian kerana mereka ini
memerlukan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang berbeza dengan kanak-kanak
biasa mahupun kanak-kanak yang mempunyai masalah kesihatan seperti lambat
belajar dan sebagainya. mereka ini perlu diberi kaedah pengajaran dan
pembelajaran yang berbeza kerana mereka sudah mampu melangkaui apa yang
disampaikan oleh guru dalam pengajaran biasa dan memerlukan mereka untuk
menambah ilmu pengetahuan yang lebih lagi bagi membantu mereka memanfaatkan
kelebihan yang ,ereka ada sebaik mungkin.
No comments:
Post a Comment