Sosiologi merupakan
kajian tentang hukum
masyarakat dan proses yang berkenaan dengannya atau pendek kata
sebagai anggota masyarakat.
Sosiologi
secara teori sering kali dikaitkan dengan soal-soal manusia dalam
masyarakatnya. Sosiologi berminat tentang perangai kita sebagai manusia; atau
secara ringkas, mengkaji hubungan antara manusia yang pada awalnya saling tidak
kenal kepada suatu peringkat yang lebih kepada proses sosial sejagat.
sosiologi mula diperkenalkan oleh auguste
comte yang merupakan tokoh sosiologi terawal yang telah menerbitkan bukunya
yang bertajuk POSITIVE PHILOSOPHY pada tahun 1842.
Didalam bab ini terdapat banyak kajian yang
dijalankan mengenai sosiologi antaranya kajian yang dilakukan oleh zanden 1996
yang menyatakan bahawa sosiologi merupakan interaksi sosial dan organisasi yang
dapat kita fahami sendiri dari maksud sosiologi yang sering dikaitakan dengan
masyarakat serta sosio sendiri yang bermaksud kongsi. Jadi benarlah apa yang
dikatakan oleh zanden bahawa sosiologi merupakan interaksi seseorang dengan
orang disekelillingnya.
Selain itu, kajian dari jary&jary yang
menyatakan bahawa sosiologi merupakan masyarakat dari segi fungsi, bentuk
organisasi sosial dan perkembangan budaya. Ini dapat dilihat dalam masyarakat
Malaysia sendiri dimana apabila kita bercampur dengan orang disekeliling kita
akan banyak mempelajari budaya serta gaya hidup sesebuah kaum itu.
Seterusnya, kajian saintifik dari Giddens,
1993 yang menyatakan bahawa sosiologi in merupakan kehidupan sosial manusia,
kumpulan & masyarakat. Ini merujuk kepada tingkah laku serta amalan yang
dilakukan oleh masyarakat disekeliling kita. Kita akan lebih mengenali dunia
dan persekitaran apabila kita bercampur dengan masyarakat luar. Manakala,
water, 1994 pula menyatakan fenomena sosial yang berfokuskan hubungan dan
interaksi antara manusia.
Definisi lain bagi sosiologi menurut Tisher,
Whitten dan Hunter (1983) menjelaskan sosiologi ialah “Sosiology is the
scientific study of human society and social interactions. The main focus of
sociology is the group, not the individual.”
Dalam kata lain kita dapat fahami sosiologi
dari sudut :
• Sistematik dan
saintifik = kelogikannya,
bukti, akal, kajian, pemerhatian, guna generalisasi, merekod, ada kebenaran,
bersistematik, analisis, bersifat objektif (tiada dipengaruhi kepercayaan atau
nilai) dan soal selidik.
• Masyarakat = kumpulan manusia yang saling berhubung yang
membentuk jalinan yang melahirkan
pelbagai fenomena sosial
• Sudut = meliputi kepelbagaian budaya, stratifikasi,
populasi, politik dan sebagainya.
• Tujuan utama sosiologi ialah untuk mengetahui struktur asas
masyarakat manusia, mengenal pasti tekanan-tekanan utama yang melemahkan mereka
dan mempelajari syarat-syarat yang membentuk kehidupan sosial mereka.
Antara tokoh-tokoh sosiologi yang terkenal ialah :



IBNU KHALDUN
AGUSTE COMTE KARL
MARX



EMILE DURKHEIM MAX
WEBER GEORGE HERBET MEAD
PERSPEKTIF SOSIOLOGI
•
Disiplin sosiologi mempunyai perspektifnya
yang tersendiri tentang masyarakat dan tingkah laku sosial.
•
Tumpuan perspektif sosiologi adalah pada
tingkah laku masyarakat, memahami corak interaksi dan proses
kelompok
Seterusnya, sosiologi terbahagi kepada 2 faktor iaitu mikro yang
hanya memfokuskan dalam kelompok kecil atau hanya memberi kesan kepada diri
seseorang individu itu sahaja manakala makro pula berdasarkan kelompok yang
besar, kompleks, dan memfokuskan masyarakat atau organisasi kerana ia mampu
menjejaskan persekitarannya.
TEORI UTAMA SOSIOLOGI

TEORI FUNGSIONALISME
·
Dipelopori oleh auguste comte (1798-1857) yang
menggangap masyarakat perlu bekerjasama dalam melakukan sesuatu perkara bagi
memastikan setiap pergerakan berjalan dengan baik dan lancer. Demikianlah
didalam teori ini menganggap masyarakat sebagai tubuh badan manusia kerana
didalam badan manusia mempunyai bermacam jenis anggota serta organ yang perlu
bekerjasama dengan baik kerana saling bergantung satu sama lain.
·
Penekanan: fungsi-fungsi pendidikan adalah
untuk kepentingan masyarakat.
·
Menekankan pengaruh luaran ke atas
pendidikan (komuniti sekolah adalah penerima pasif apa yang ditentukan pihak
luar).
·
Misalnya seperti aspek kurikulum, pedagogi,
disiplin murid, peperiksaan, dsb.
·
Perkembangan individu tidak diutamakan.
TEORI KONFLIK
·
Dipelopori oleh karl marx (1818-1883) dan
diikuti oleh max webber (1864-1920)
·
Memfokuskan masyarakat dari perspektif dan
perubahan
·
Antara aspek yang dapat atau sering tinbul
konflik adalah berdasarkan kelas sosial dalam sesebuah masyarakat serta faktor
persekitaran dan juga faktor ekonomi serta faktor agama yang turut menjadi
konflik.
·
Oleh itu, untu hidup dalam suasana
bermasyarakat atau berorganisasi kita perlu saling bantu membantu dan
bertoleransi sebaik mungkin.
ALIRAN WEBER
·
Weber menyatakan dimana kelas sosial
bukanlah disebabkan oleh faktor ekonomi semata-mate namun ia juga
berkemungkinan daroi keinginan untuk dipandang tinggi dan mulia di mata
masyarakat.
KONFLIK
·
Tidak semestinya konflik yang berlaku
memberi kesan yang tidak baik. Konflik juga mampu memberi kesan yang baik jika
diambil secara positif dan jika berlakunya perubahan disebabkan konflik
tersebut
·
Marx dan weber mempunyai pendapat yang
berbeza dimana marx menyatakan bahawa
faktor ekonomi sebagai punca konflik yang berlaku dalam masyarakat yang lebih
kepada bersifat sosialisme manakala weber pula menyatakan idea-idea keagamaan
sebagai punca konflik yang berlaku dalam masyarakat dan lebih kepada bersifat komuisme.
·
Teori Konflik melihat pendidikan sebagai
alat yang digunakan oleh pihak dominan untuk mengekalkan kuasanya.
·
Mengaitkan fenomena di sekolah dengan apa
yang berlaku di luar sekolah seperti latar belakang keluarga, kelas sosial,
dsb.
TEORI INTERAKSIONISME SIMBOLIK
·
Teori ini dipelopori oleh George herbet
mead (1863-1931)
·
Interaksi simbolik melihat bagaimana
individu membentuk dan dibentuk oleh interaksinya dengan orang lain.
·
Makna simbolik diperoleh dari bentuk simbol
seperti perkataan, perlakuan, objek, bahasa berguna semasa interaksi
menyebabkan hubungan bertambah mesra
·
Melihat Pendidikan dari sudut individu
(mikro)
·
Teori ini juga boleh dikatakan sebagai satu
terri yang melihat kepada perhubungan disekolah dan bagai mana persekitaran
disesebuah sekolah
7 PRINSIP ASAS INTERAKSIONISME
·
Manusia tidak sama dengan binatang kerana
manusia mempunyai keupayaan berfikir
·
Keupayaan berfikir manusia dibentuk oleh
interaksi sosial
·
Dalam interaksi sosial, manusia mempelajari
simbol dan makna yang membolehkan mereka mengamalkan keupayaan berfikir yang
ada pada mereka.
·
Simbol dan makna membolehkan manusia
beraksi dan berinteraksi
·
Manusia berupaya mengubahsuai simbol dan
makna berdasarkan interpretasi mereka terhadap sesuatu situasi
·
Manusia berupaya menjangkakan kesan
tindakan, membuat penilaian baik-buruk, dan menentukan tindakan yang sesuai.
·
Jalinan aksi dan interaksi akan membentuk
kumpulan dan masyarakat
PENGERTIAN PENDIDIKAN
Pendidikan
dapat dilihat sebagai suatu proses bagi membentuk manusia serta proses yang
mampu mengembangkan perkembangan seseorang individu kerana pendidikan mampu
memberi ilmuan pengetahuan yang sepatutnya kepada manusia.
·
Syed Muhammad Qutb- pendidikan ialah suatu
proses membentuk manusia secara menyeluruh dan seimbang. Tujuan utama
pendidikan ialah untuk memperkembangkan potensi intelek, fizikal, emosi dan
rohani manusia ke arah kesempurnaan
·
John Dewey – pendidikan ialah suatu proses
perkembangan individu. Pendidikan merupakan usaha mengatur ilmu
pengetahuan untuk menambahkan lagi pengetahuan semula jadi yang ada padanya,
supaya dapat hidup dengan lebih berguna dan lebih selamat lagi.
·
Pendidikan = proses pemindahan secara
formal dan tidak formal pengetahuan, kemahiran, dan nilai yang berlaku antara
satu generasi ke satu generasi yang lain atau dalam generasi yang sama (Amir
Hasan 2006)
Sosiologi Pendidikan
Seperti yang kita ketahui bahawa sosiologi
merujuk kepada kajian sistematik dan saintifik mengenai interaksi manusia
dengan masyarakat dari pelbagai sudut manakala sosiologi pendidikan pula merjuk
kepada hubungan antara pendidikan dengan masyarakat yang mempengaruhi matlamat,
bentuk institusi, kurikulum dan sebagainya.
SOSIOLOGI DAN MATLAMAT PENDIDIKAN

Struktur Masyarakat di Malaysia

·
Pendidikan merupakan proses sosiologi yang
mana dapat kita lihat dari proses pembelajaran secara formal dan tidak formal
serta pendidikan juga boleh menjadi penghubung antara pendidik dan orang yang
di didik.
·
Pendidikan juga boleh menjadi satu aspek
yang menentukan susun lapis sosio-ekonomi dimana sering kita lihat orang yang
mempunyai Pendidikan yang tinggi selalu dipandang tinggi kerana Pendidikan
merupakan satu perkara yang amat penting didalam kehidupan seharian kita.
·
Pendidikan juga merupakan proses
pembudayaan yang mengajar tentang kepercayaan serta gaya hidup sesebuah
masyarakat
·
Pendidikan juga satu pelaburan yang amat
bagus sebenarnya walaupun ianya menelan belanja yang besar untuk mendapatkan
Pendidikan yang terbaik dan tertinggi
·
Pendidikan juga boleh menjadi satu kepuasan
bagi sesiapa yang mendapatkan hasil dari penat lelah menuntut ilmu
·
Pendidikan juga membantu kita dalam proses
membina warga negara kerana melalui Pendidikan kita mampu menerapkan nilai
patriotisme dalam diri masyarakat diseluruh negara dan kerana itulah penguasaan
tentang subjek sejarah dinegara kita amat penting.
RUMUSAN
Pada saya apa yang kita boleh perolehi dari
bab sosiologi pembeajaran ini adalah berkaitan dengan pemahaman yang lebih
mendalam berkaitan dengan bagaimana sosiologi mampu memberi kesan kepada
pembelajaran serta bagaimana sosiologi dapat menghubungkan perhubungan
Pendidikan dengannya.
No comments:
Post a Comment