Thursday, December 27, 2018

BAB 10 : PENGURUSAN BIMBINGAN DAN PENASIHATAN


DEFINISI BIMBINGAN
Bimbingan adalah satu proses membantu individu atau kelompok pada bila-bila masa untuk mengembangkan kapasiti mereka agar dapat membuat pilihan yang bijak dari aspek peribadi, sosial, akademik, kerjaya dan sebagainya semi masyarakat amnya dan individu khasnya.
Bimbingan juga adalah proses untuk membantu individu memahami dirinya dan dunia sekelilingnya supaya ia boleh menggunakan kebolehan, keupayaa dan bakat yang ada dengan sepenuhnya.
Bimbingan adalah merupakan bantuan atau pertolongan yang diberi kepada pelajar-pelajar biasa atau yang normal yang mengalami P&P mental, sosial, intelek, fizikal, emosi, kejiwaan dan kerohanian. Bimbingan juga merupakan proses pembentukan maklumat dan nilai individu itu sehingga dia sapat menentukan tindakan yang wajar di ambil pada masa sekarang dan pada masa hadapan.

KONSEP KAUNSELING
Kaunseling merupakan proses untuk membantu perhubungan berdasarkan prinsip-prinsip psikologi yang dilaksanakan oleh kaunselor berdaftar mengikut kod etika kaunseling untuk mencapai suatu perubahan. Kemajuan dan penyesuaian yang holistik, baik dan sukarela pada diri klien supaya perubahan, kemajuan dan penyesuaian itu akan berterusan sepanjang hayat klien. Menurut Persatuan Kaunseling amerika pula, kaunseling merujuk kepada aplikasi prinsip-prinsip kesihatan mental, psikologi atau perkembangan manusia serta strategi intervensi kognitif, afektif atau tingkah laku bagi menangani isu-isu yang berkaitan dengan pertumbuhan peribadi, perkembangan kerjaya atau patologi.

FALSAFAH PERKHIDMATAN BIMBINGAN & KAUNSELING
Bahawasanya setiap pelajar mempunyai potensi yang boleh digembelingkan secara optimum menerusi pengurusan menyeluruh perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang cekap, berkesan dan beretika dengan berteraskan sumber dalaman dan luaran bagi melahirkan murid yang seimbang dalam aspek intelek, jasmani, emosi dan rohani serta beriman dan beramal soleh


BIMBINGAN :
-          proses membantu individu membuat keputusan yang akan memberi kesan kepada kehidupan mereka
PENASIHATAN :
-          proses menasihati individu atau kumpulan
-          Kehendak kepada kebaikan kepada orang yang memberi nasihat
MENTORING
-          Proses memberi bimbingan, sokongan dan bantuan secara profesional (terlatih dan beretika, berkemahiran dan sistematik) dalam menghadapi krisis hidup dan pembangunan diri individu
-          Proses ini melibatkan : mentor dan mentee

PERBEZAAN ANTARA PENASIHATAN DAN KAUNSELING
PENASIHATAN
KAUNSELING
Focus kepada permasalahan yang dihadapi
Focus kepada individu bermasalah
Boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja
Dilaksanakan oleh individu yang dilatih khusus dalam bidang kaunseling
Masa yang singkat
Lebih banyak masa diperlukan
Tindakan tidak dipantau oleh penasihat
Tindakan dipantau secara berterusan


JENIS-JENIS KAUNSELING
- Kaunseling Individu
- Kaunseling Kelompok

·         Kaunseling Akademik
-          Menyediakan kaunseling bagi menolong murid memilih mata pelajaran sejajar dengan minat, keupayaan dan percapaian

·         Kaunseling Kerjaya
-          Menolong murid-murid menyelesaikan masalah pemilihan kerjaya
-          Memberikan kesedaran dan ingatan kepada murid-murid bahawa perancangan kerjaya perlu dibuat daripada awal lagi.

·         Kaunseling Peribadi
-          Kefahaman kendiri, iaitu membantu murid-murid secara individu untuk memperolehi maklumat dan membentuk sikap celik akal dan nilai yang sejajar dengan kehendak-kehendak masyarakat
-          Menolong individu membuat keputusan yang waras serta bijaksana

·         Kaunseling Kelompok
-          Kelompok boleh didefinisikan sebagai pengumpulan beberapa orang individu yang berinteraksi serta mempunyai perhubungan psikologi di antara satu sama lain.
-          Menurut Ohlsen M. M. (1997), pula menyatakan bahawa kaunseling  kelompok merupakan suatu perhubungan unik di mana klien berasa selamat untuk mebincang apa yang membimbangkan mereka serta untuk mengenal pasti tingkah laku baru yang diingini, mengamalkan kemahiran-kemahiran antara individu yang asas dan melakukan tingkah laku yang baru.

Tujuan KAUNSELING :
·         Menyelesaikan masalah jangka pendek
·         Mendapat celik akal
·         Tingkah laku positif
·         Mencapai kebebasan psikologi
·         Bertindak logik
·         Perkembangan optimum
·         Penyelesaian
·         Mewujudkan perhubungan sihat

Fungsi Bimbingan :
·         Memahami
·         Preventif
·         Pengembangan
·         Penyembuhan
·         Penyaluran
·         Penyesuaian
·         Penambahbaikan
·         Pemeliharaan

Fungsi kaunseling :
·         Celik akal
·         Memberi maklumat
·         Mengatasi konflik
·         Membuat keputusan
·         Memberi sokongan

Etika Kaunseling
-          Satu tatasusila atau peraturan yang perlu dipatuhi oleh seseorang kaunselor dalam memberi pertolongan kepada individu lain untuk mendapatkan kesedaran diri dan dapat bertindak balas dengan persekitarannya. Ianya juga merupakan satu peraturan yang harus dilaksanakan oleh seorang kaunselor demi menjaga hak-hak klien.
Secara amnya etika kaunseling merangkumi 3 ciri utama :
a) Menggariskan satu bentuk peraturan kepada ahlinya untuk bertindak mengikut lunas-lunas dan peruntukan sistem yang dibenarkan
b) Satu manual kerja atau prosedur tugas yang memberikan penerangan ringkas berkaitan proses tingkah laku yang perlu dilaksanakan oleh ahli-ahlinya.
c) Mengandungi nilai-nilai murni didalamnya dimana ia bermaksud segala peraturan yang diperoleh adalah untuk memberikan kebaikan dan keadilan yang maksimum kepada kaunselor dan klien (Nordin,2000).

KATEGORI TEORI
·         TEORI PSIKOANALITIK
-          dipelopori oleh Sigmund freud
-          menerangkan dimana akal manusia terbahagi kepada 3 iaitu
1.      persepsi sedar
2.      pra sedar
3.      tidak sedar
-          individu normal menikmati hidup dengan kasih saying dan bekerja

·         TEORI INDIVIDU
-          dipelopori oleh Alfred adler
-          menyatakan manusia bermasalah kerana mempunyai andaian yang salah, matlamat yang silap dan rasa rendah diri

JENIS DAN CIRI PENASIHATAN
BIMBINGAN
-          proses menolong individu memaham diri dan dunia mereka
-          memberi focus kepada potensi seseorang individu
PENASIHATAN
-          memfokuskan kepada permasalahan yang dihadapi
-          menjurus kepada bentuk arahan atau suruhan
-          strategi yang paling tepat untuk menyelesaikan masalah
RUNDINGAN
-          myrick 2001, terdapat 3 jenis rundingan iaitu rundingan krisis, rundingan pemulihan dan rundingan perkembangan
-          Dougherty 2000, perundingan adalha hubungan menolong menolong yang professional dengan individua atau kelompok dalam pelbagai setting tentang persoalan kerja terkini
-          terbahagi kepada 2 iaitu secara individu dan secara kelompok
MENTORING
-          proses menolong yang berlaku antara individu yang berpengalaman dalam satu aspek dengan individu yang lebih muda dalam aspek berkenaan utuk mencapai objektif yang telah digariskan
-          kemudahan yang diberikan kepada pelajar dalam menguruskan kehidupan mereka di sekolah

PRINSIP PENASIHATAN MURID
·         Peluang perkhidmatan
·         Tanggungjawab bersam
·         Kaunselor yang bertauliah
·         Merancang tindakan susulan

STRATEGI DAN TEKNIK
·         Teknik berasakan pendekatan afektif
-          kerusi kosong dan Teknik raptai

·         Teknik berasaskan pendekatan behavioral
-          latihan bertenang melalui maklum balas biologi, hypnosis meditasi, program pengurusan kendiri

·         Teknik berasaskan pendekatan kognitif
-          mempertikai, membahas, mencabar mengajar dan menjelaskan

MANFAAT
·         Pencapaian akademik
-          bimbingan dalam membuat perancangan Pendidikan
-          memberi kesedaran tentang kepentingan akademik dalam kehidupan

·         Mengatasi kemerosotan displin
-          mendekatkan diri dengan pelajar

·         Pemilihan bidang pengajian
-          guru bertindak sebagai sumber rujukan yang boleh dipercayai
-          pelajar mudah mendapatkan maklumat yang diperlukan
-          meningktkan keyakinan pelajar terhadap bidang yang akan dipilih
-          guru memberi pendapat yang bernas kepada pelajar

·         Keperluan khas pelajar
-          terdapat pelajar yang amat memerlukan bimbingan dan pertolongan
-          guru sebagai tempat mengadu dan mendapatkanbantuan kebajikan

·         Psikososial
-          guru membimbing pelajar untuk mencapai beberapa kemahiran
-          memudahkan mereka memahami dan menghormati diri sendiri dan orang lain
-          contoh kemahiran : pengetahuan dan kemahiran perhubungan dan komunikasi interpersonal

KESAN-KESAN JIKA SISTEM PENASIHATAN TIDAK DIJALANKAN
·         kemerosotan akademik pelajar
·         kemerosotan disiplin pelajar
·         sekolah dianggap tidak lengkap
·         tidak ada sokongna dalam akademik atau bukan akademik

CARA MENGATASI DAN MEMPERBAIKI KELEMAHAN
·         menyusun semula pentadbiran penasihatan atau kaunseling
·         keupayaan menguruskan emosi dalam kalangan penasihat
·         penapisan atau penyaringan untuk menentukan mentor
·         penilaian yang menjurus kepada keberkesanan keseluruhan program

RUMUSAN
Bimbingan, penasihatan dan mentoring merupakan kaedah-kaedah yang boleh digunakan untuk mebantu murid-murid dalam aspek pembelajaran dalam kehidupan. Langkah yang berbeza ini bertepatan kerana setiap individu mempunyai masalah konflik dan matlamat tersendiri. Cara pendekatan yang berbeza ke atas setiap murid harus diwujudkan agar mereka menyedari kewujudan pihak lain yang mengambil berat tentang diri mereka.

No comments:

Post a Comment