Thursday, December 27, 2018

BAB 9 : PENGURUSAN DISPLIN

MAKSUD DISPLIN
Menurut Kamus Dewan, disiplin merujuk kepada latihan pemikiran dan kelakuan supayaboleh mengawal diri sendiri dan patuh pada tatatertib. (DBP, 2002 : 308)

Mok Soon Sang (1995) pula menyatakan pada peringkat sekolah, disiplin adalahperaturan-pertauran yang dikenakan ke atas pelajar-pelajar dengan tujuan mengawaltingkah laku mereka melalui hukuman atau ganjaran.

Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979, menjelaskan disiplin bermaknakesanggupan seseorang untuk melakukan sesuatu dengan tertib, menghormati hakorang lain, mengamalkan tingkah laku yang baik dan tidak mengganggu kepentinganorang lain. (Abdullah Sani, 2006 : 1

MATLAMAT DISIPLIN
Menjadikan pelajar manusia yang dapat memimpin diri sendiri dalam hidupnya di masa hadapan. Disipin juga penting untuk mewujudkan masyarakat malaysia yang bertatasusila, bersatu padu, demokratik, adil, liberal dan progresif. Seterusnya disiplin bertujuan bagi melahirkan individu yang kreatif serta mempunyai kesedaran harga diri dalam masyarakat yang bergerak kearah kemajuan.

PRINSIP ASAS DISIPLIN
·         keadilan dan kesamarataan
·         pertimbangan minat dan keperluan pelajar
·         kebebasan yang tertakluk kepada undang-undang
·         amalan menghormati individu lain
·         perhubungan sihat sesame manusia untuk kehidupan yang harmonis
·         perpaduan masyarakat dan negara

FAKTOR YANG MEMPENGARUHI DISIPLIN
·         Asuhan dan didikan dirumah dan sekolah
·         Tingkah laku rakan sebaya
·         Suasana dan persekitaran
·         Latarbelakang keluarga
·         Organisasi sekolah
·         Cita-cita

CIRI-CIRI DISIPLIN YANG BAIK
·         Memahami dan mematuhi peraturan
·         Menepati masa
·         Rajin dan berdaya usaha
·         Jujur dan ikhlas
·         Sentiasa bersedia berkhidmat dan bekerjasama
·         Berbudi bahasa, bersopan santun dan berdiplomasi
·         Bersih, cekap dan amanah
·         Menghormati orang lain

JENIS-JENIS DISPLIN DI SEKOLAH
1.      DISPLIN ARAHAN GURU
-          guru mewujudkan struktur serta mewajibkan pelajar mematuhi peraturan
-          kawalan dan arahan daripada guru
-          keselamatan dan kestabilan timbul daripada struktur yang dibentuk

2.      DISPLIN ARAHAN KERJA
-          diwujudkan oleh tugasan yang perlu disiapkan
-          berlandaskan motivasi positif
-          menganggap kerja itu penting

3.      DISIPLIN ARAHAN KUMPULAN
-          diwujudkan oleh pengaruh rakan sebaya
-          kawalan daripada rakan sebaya
-          mematuhi norma atau nilai kumpulan

4.      DISPLIN ARAHAN DIRI
-          wujud akibat motivasi diri yang tinggi
-          kelayakkan penting untuk mendapat kebebasan
-          seharusnya berupaya untuk membuat kompromi dengan harapan masyarakat

KEPENTINGAN DISIPLIN DI SEKOLAH
·         Keselamatan warga sekolah terjamin.
·         Pengajaran berjalan secara licin danteratur.
·         Pembelajaran berlangsung dalam suasanatenang serta teratur.
·         Keberkesanan pengajaran-pembelajaranakan dapat ditingkatkan.
·         Murid-murid menjadi lebih produktif.
·         Kemalangan yang berlaku dapatdikurangkan.
·         Segala tugasan dapat disiapkan dalamtempoh masa yang singkat.

KONSEP MENJALANKAN KUASA DISIPLIN
1.      PIHAK BERKUASA DISPLIN
·         Seksyen 116 Ordinan Pelajaran 1957,kuasa diberikan oleh Yang Di-pertuanagong kepada Menteri
·         Menteri membuat peraturan yangdinamakan Peraturan-Peraturan Pelajaran(Disiplin Sekolah),1959
·         Guru Besar/Pengetua bertanggungjawabke atas disiplin sekolah. Kuasa ke atasguru dan pelajar diberikan
·         Peraturan 4 & 5, Peraturan-peraturanpelajaran (Disiplin Sekolah) 1959


2.      KUASA GURU BESAR/PENGETUA
·         Menggubal dasar disiplin sekolah mengikutkesesuaian sekolah
·         Buku Peraturan Disiplin Sekolah diwujudkandan menjadi panduan ketika menjalankanhukuman-hukuman
·         Membentuk Jawatan Kuasa disiplin di sekolah
·         Menurunkan kuasa disiplin dan kuasamenjalankan hukuman kepada guru-guru lain
·         Mematuhi perintah apabila ada perintahbertulis daripada Pendaftar/Pendaftar Besar

3.      PERATURAN YANG HARUS DIPATUHI DALAM MENJALANKAN KUASA DISIPLIN
·         Kuasa dan budi bicara diberikan
·         Mengamalkan keadilan
·         Peruntukan yang dinyatakan dalamperaturan dipatuhi
·         ‘natural justice’ diperhatikan
·         Hak untuk dibicarakan
·         Dakwaan dan tuduhan dimaklumkan
·         Hukuman dijatuhkan selepas pembelaan
·         Peluang membuat rayuan dan didengari

4.      LANGKAH-LANGKAH YANG HARUS DIAMBIL
·         Terima aduan, pastikan kebenaran aduan,siasatan awal dan pastikan kes itu bersabit
·         Beri peluang kepada pelajar untukmenafikan dakwaan/tuduhan dan membeladiri
·         Cadangkan hukuman

5.      MEMBUAT KEPUTUSAN
·         Bebaskan pelajar jika tuduhan tidak adabukti dan tindakan selanjutnya adalah tidakperlu
·         Pelajar mengaku bersalah atau didapatibersalah maka hukuman perlu dikenakan diatas kesalahan tersebut
·         Hukuman mestilah adil
·         Rekod disiplin
ASPEK-ASPEK DISIPLIN DI SEKOLAH
Perbuatan Yang Dilarang Secara Tidak Nyata
·         Budi pekerti/tingkah laku/kelakuan.
·         Kebersihan diri dan sekitaran.
·         Ketepatan masa.
·         Kehadiran ke sekolah/kelas.
·         Potongan rambut.
·         Pakaian seragam.
·         Menjaga harta benda sekolah/orang lain.
·         Keselamatan melintas jalan, makmal sains,kebakaran, kecemasan dll.
·         Kegiatan kokurikulum – kelab, persatuan,permainan, olahraga dll.

ASPEK-ASPEK DISIPLIN DI SEKOLAH
PerbuatanYang Dilarang Secara Nyata
·         Persatuan sekolah.(Peraturan Sekolah – Persatuan:1956)
·         Lawatan.(Peraturan Sekolah-Lawatan:1957)
·         Majalah sekolah.(Peraturan Sekolah -Majalah:1958)
·         Politik.(Peraturan Sekolah-Disiplin Sekolah:1959)

JENIS-JENIS KESALAHAN
KUMPULAN 1:(Tingkahlaku jenayah)
·         Memeras ugut
·         Menjadi anggota kumpulan haram
·         Terlibat dengan dadah
·         Berjudi
·         Mencuri
·         Memukul guru/pengawas/pelajar lain
KUMPULAN 2:(Tingkahlaku lucah)
·         Membaca, menunjuk dan menyebarkanbahan-bahan atau gambar lucah
·         Mengintai pelajar perempuan
·         Bercumbu-cumbuan
·         Menggunakan kata-kata lucah
·         Melukis dan menulis kata-kata lucah
KUMPULAN 3:(Tingkahlaku anti sosial)
·         Merosakkan harta benda sekolah
·         Mencemarkan kebersihan kawasan ataubangunan sekolah
·         Membuat bising atau mengganggu kelas
·         Bergaduh
·         Mengadakan pelacuran
KUMPULAN 4:(Tingkahlaku tidak jujur)
·         Meniru dalam ujian/peperiksaan
·         Meniru tanda tangan ibu-bapa/penjaga
·         Bercakap bohong
·         Mengubah markah
·         Ponteng sekolah/kelas
KUMPULAN 5:(Tingkahlaku tidak sopan)
·         Berbahasa kesat atau mencarut
·         Tidak menghormati guru/pengawas
·         Menghisap rokok
·         Berambut Panjang
·         Tidak memberi perhatian kepadapengajaran guru

HUKUMAN

Tujuan Memberi Hukuman.
·         mencegah berlakunya salah laku dan perbuatan melanggar disiplin
·         membaiki sikap terhadap mematuhi peraturan
·         mendatangkan kesedaran dan keinsafan bahawa tiap-tiap peraturan mestilah dipatuhi
Nilai Hukuman.
·         adil
·         hukuman paling sesuai yang boleh mencegah mereka yang bersalah atau pelajar lain daripada mengulangi kesalahan tersebut
·         menimbangkan pemulihan sebagai satu unsur hukuman
Bentuk Hukuman.
a) Pembuangan
·         sabit kesalahan dengan mana-mana larangan nyata
·         melakukan salah laku mengganggu yang serius berulangkali dan didapati tidak berubah setelah tindakan pemulihan diambil
b) Penggantungan
·         sabit kesalahan dengan mana-manalarangan nyata
·         berkelakuan liar dan mengganggusehingga perlu diasingkan sementaramenunggu hasil siasatan
c) Hukuman Biasa
·         budi bicara Guru Besar/Pengetua

HUKUMAN DERA(ROTAN) KE ATAS PELAJAR LELAKI

·         kuasa merotan boleh diturunkankepada guru lain
·         punggung berlapik
·         sangat berkesan jika dilakukansebaik sahaja kesalahan dilakukan
·         bersifat mencegah

HUKUMAN PENAHANAN

·         menggunakan masa lapangnya
·         tentukan masa dan jumlah jam
·         kesan mencegah kepada pelajar berkenaan dan juga pelajar lain

HUKUMAN DENDA

·         mengikut kemampuan pelajar
·         sejajar dengan wang saku pelajar
·         tidak dibayar oleh waris

AMARAN
·         pertimbangkan jenis salahlaku
·         pertimbangkan kelakuan pelajar
·         tidak wajar dikenakan tindakan lebih berat

RAYUAN
·         Dikemukakan oleh ibu-bapa/penjaga
·         Rayuan kepada pendaftar
·         Melibatkan hukuman gantung persekolahan atau pembuangan pelajar
·         Dalam tempoh masa yang ditetapkan

DATA DAN REKOD
·         Sistem E-SSDM v2.0 merupakan penambahbaikan system SSDM sedia ada.
·         Sistem ini mementingkan Amalan Baik sebagai usaha menggalakkan amalan nilai-nilai murni dalam kalangan murid-murid yang bakal mencorakkan negara pada masa hadapan.
·         Dengan memasukkan elemen mata (markah) dalam sistem ini, status sahsiah seseorang murid boleh dinilai dan dibantu ke arah kecemerlangan budi pekerti.


·         SISTEM SAHSIAH DIRI MURID  

·         E-PIDP
SISTEM PELAPORAN ISU DISIPLIN DAN PENDIDIKAN

TUJUAN
·         Membantu pihak sekolah dalam proses penentuan hukuman supaya selaras dengan Surat Pekeliling Ikhtisas serta peraturan-peraturan sedia ada.
·         Membantu pihak sekolah dalam memantapkan pengurusan disiplin selaras dengan perkembangan dunia teknologi maklumat dan komunikasi.
·         Memastikan murid-murid yang melakukan kesalahan disiplin dibantu sepenuhnya oleh Guru Bimbingan dan Kaunseling
·         Menjalin rangkaian kerja yang jelas antara guru-guru, Ketua Guru Disiplin / GPK HEM, Pengetua, Guru Bimbingan dan Kaunseling, murid-murid dan penjaga.
·         Sebagai pangkalan data disiplin murid dengan penyediaan pelbagai bentuk laporan.

PROSES KERJA
PEREKODAN KES SALAH LAKU
·         Guru melaporkan kes salah laku ke dalam sistem.
·         Ketua Guru Disiplin / GPK HEM menjalankan siasatan, dan  jika sah, akan mencadangkan hukuman.
·         Pengetua boleh sama ada menukar hukuman dan mengesahkan hukuman.
·         Ketua Guru Disiplin / GPK HEM mengambil tindakan terhadap hukuman yang disahkan oleh Pengetua.
·         Pembantu Pejabat menguruskan fail dan pengeposan surat.
·         Guru Bimbingan dan Kaunseling akan menjalankan sesi bimbingan dan kaunseling terhadap murid-murid tersebut
PEREKODAN AMALAN BAIK
·         Guru melaporkan amalan baik murid ke dalam sistem
·         Sistem akan memproses mata (markah) dan mengeluarkan pelaporan Status Sahsiah murid.

OPERASI SISTEM
·         WEB (ONLINE)
-          Sistem ini adalah berasaskan ‘Web’, yang boleh diakses oleh guru-guru, Ketua Guru Disiplin / GPK HEM, Guru Bimbingan dan Kaunseling, Pengetua, Pegawai-pegawai PPD, JPN, KPM, murid-murid, dan penjaga dengan agihan dan pecahan tugas yang jelas

·         ANDROID
-          Selaras dengan perkembangan dunia Teknologi Maklumat dan Komunikasi, sistem ini dirancang capaiannya hingga kepada penggunaan Android dan Smart Phone

RUMUSAN
Aspek pengurusan disiplin sekolah perulah dilaksanakan dengan sebaik mungkin dengan kerjasama semua pihak disekolah. Kes disiplin sudah lama berlaku dan malah makin meningkat dari masa ke masa. Walaupun bermacam inisiatif telah diambil untuk mengatasi permasalahan ini namun ia tetap terjadi. Justeru itu, setiap orang perlu mematuhi peraturan dengan berpandukan buku peraturan disiplin sekolah yang tertakluk kepada peraturan-peraturan pelajarn (disiplin sekolah) 1959 dan surat-surat pekeliling. Guru besar pula perlu memanfaatkan kuasa yang diberikan dengan mengikut prosedur yang telah ditetapkan.



No comments:

Post a Comment