Thursday, December 27, 2018

BAB 4 : KEPIMPINAN DAN ORGANISASI


DEFINISI KEPIMPINAN
·         Kepimpinan ialah “satu proses interaksi di antara individu dengan kumpulan atau khususnya di antara individu dengan keseluruhan ahli-ahli yang menganggotai kumpulan. Setiap yang terlibat dengan proses interaksi ini boleh dianggap memegang peranan yang tertentu yang membezakan antara satu sama lain. Asas yang membezakan antara satu dengan lain ini ialah pengaruh, iaitu pemimpin mempengaruhi dan pengikut mematuhi” (Gordon 1955).

DEFINISI ORGANISASI
·         Sebuah organisasi dapat ditakrifkan sebagai sekumpulan manusia yang berkerjauntuk mencapai matlamat-matlamat yang tertentu dan dalam suasana yang tertentu.Mereka perlu bekerjasama dan berhubung antara satu dengan lain bagi menyiapkansesuatu tugas itu. Zainal Ariffin Ahmad dalam bukunya ‘Perlakuan Organisasi’(1998) telah mendefinisikan organisasi sebagai satu kumpulan manusia yang kerja bersama untuk mencapai matlamat umum. Sementara Campbell et al. (1988), pulamentakrifkan organisasi sebagai sekumpulan manusia yang bekerja untuk mencapaimatlamat-matlamat tertentu dalam sesuatu suasana yang tertentu.

ORGANISASI DAN KEPIMPINAN DI SEKOLAH
PENGETUA
·         Bertanggungjawab dalam peningkatan Kurikulum dan Kokurikulum serta memastikan pelaksanaannya selaras dengan dasar Kementerian Pendidikan.

·         Bertanggungjawab dalam hal pengurusan, pentadbiran dan kewangan sekolah.

·         Mewujudkan hubungan dua hala dengan komuniti dan agensi-agensi luar.

SENARAI TUGAS PENGETUA
1.      PENGURUS KOKURIKULUM
·         Menyelia dan mengawal polisi dan objektif sekolah selaras dengan polisi Kementerian Pendidikan.

·         Menentukan sasaran sekolah, merancang peningkatan pengajaran dan pembelajaran.

·         Memastikan guru mengajar berpandukan Sukatan Pelajaran dan Rancangan Pelajaran rnengjkut peruntukan waktu yang ditetapkan.

·         Menentukan kualiti dan kuantiti kerja pelajar serta pemeriksaan buku pelajar.

·         Menentukan polisi-polisi mengenai penilaian dan peperiksaan dilaksanakan. Data-data analisis peperiksaan digunakan untuk perancangan dan tindakan susulan.

·         Menyelia dan mencerap proses P&P.

·         Memeriksa Buku Rekod Mengajar Guru, Buku Kemajuan Pelajar, Buku Profil, Buku Kedatangan Pelajar dan Buku Kegiatan Kokurikulum dari masa ke masa.

·         Menentukan dasar tugas pengajaran guru bagi penyediaan jadual waktu.

·         Menentukan keberkesanan pengguna PSS.

·         Memastikan panitia matapelajaran melaksanakan strategi dan program pendidikan dengan berkesan.

·         Memastikan polisi untuk aktiviti kokurikulum.


2.      PEMBANGUNAN DIRI PELAJAR

• Mernastikan pelaksanaan program pembangunan diri pelajar, Kemahiran Mengurus Diri, Kemahiran Belajar dan Motivasi.

• Menentukan polisi-polisi mengenai pelaksanaan disiplin sekolah.

3.       PENGURUSAN DAN PEMBANGUNAN

• Memastikan pendaftaran kemasukan dan pertukaran pelajar.

• Menyemak Buku Jadual Kedatangan Pelajar.

• Menentukan proses pemberian biasiswa dan bantuan-bantuan lain kepada pelajar dijalankan dengan adil dan mengikut prosedur yang ditentukan.

• Memastikan Skim Pinjaman Buku Teks dilaksanakan dengan adil dan baik.

• Memastikan polisi peperiksaan awarn dilaksanakan mengikut peraturan.

• Menandatangani surat akuan serta sijil berhenti sekolah.

• Memastikan program-program kesihatan dijalankan dengan sempurna.

• Bertanggungjawab di atas penggantungan dan pembuangan pelajar.

• Mengambil langkah-Iangkah menjaga keselamatan pelajar semasa berada di sekolah.

• Memastikan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling berfungsi dengan baik.

4.      KEWANGAN

•         Menentukan anggaran perbelanjaan tahunan.

•         Mengawal dan menynmak pembenan perkapita, gaji guru dan staf sokongan, rekod akaun, laporan penyata kewangan dan punca-punca kewangan SUWA,KERAJAAN DAN ASRAMA.


•         Memastikan penyediaan penyata akaun sekolah yang belum diaudit dan dokumen-dokumen sokongan serta membuat tindakan susulan ke atasnya.

•         Mengawal stok dan harta benda sekolah.


GURU PENOLONG KANAN PENTADBIRAN (GPK 1)
•         Menjalankan tugas pengetua semasa ketiadaannya
•         Bertanggungjawan dalam hal kurikulum, pentadbiran, hubungan, masyarakat dan keselamatan
•         Membantu pengetua menyelia dan menilai proses pengajaran
•         Membantu pengetua dalam semua aspek perancangan dan pengurusan sekolah

GURU PENOLONG KANAN HAL EHWAL PELAJAR
•         Menjalankan tugas-tugas Pengetua semasa ketiadaan Pengetuadan Penolong Kanan
•         Mengajar sekurang-kurangnya 12 waktu mengikut arahanPengetua.
•         Bertanggungjawab kepada Pengetua dalam hal-hal Disiplin danKaunseling, Keselamatan dan Kebajikan Murid, Buku Teks,Biasiswa dan Bantuan Kewangan, Penerbitan dan Percetakan,Koperasi Sekolah, Kantin Sekolah dan Pengawasan Asrama (jika ada)
•         Membantu Pengetua dalam pentadbiran Hal Ehwal Murid sesipetang bagi sekolah-sekolah yang mempunyai sesi petang
•         Membantu Pengetua dalam semua aspek perancangan dan pengurusan Hal Ehwal Murid di sekolah.

GURU PENOLONG KANAN KOKURIKULUM

BIDANG TUGAS
•         Menjalankan tugas-tugas Guru Besar semasa ketiadaan Guru Besar/PK Pentadbiran/ PK HEM
•         Mengajar sebilangan waktu mengikut arahan Guru Besar
•         Bertanggungjawab kepada Guru Besar dalam aspek pengurusan kokurikulum
•         Menyelia dan menilai aktiviti Kokurikulum sekolah
•         Membantu Guru Besar di dalam semua aspek perancangan dan pengurusan kokurikulum sekolah
SENARAI TUGAS  (KOKURIKULUM)
BIDANG PERSATUAN / KELAB
•         Merancang kegiatan persatuan dan kelab
•         Mengurus pemilihan peserta untuk kegiatan persatuan dan kelab
•         Menyelia kegiatan persatuan dan kelab
•         Menyelaras aktiviti persatuan dan kelab di dalam dan di luar sekolah

UNIT BERUNIFORM
•         Merancang kegiatan persatuan dan kelab
•         Mengurus pemilihan peserta untuk kegiatan persatuan dan kelab
•         Menyelia kegiatan persatuan dan kelab
•         Menyelaras aktiviti persatuan dan kelab di dalam dan di luar sekolah

SUKAN DAN PERMAINAN
•         Merancang kegiatan persatuan dan kelab
•         Mengurus pemilihan peserta untuk kegiatan persatuan dan kelab
•         Menyelia kegiatan persatuan dan kelab
•         Menyelaras aktiviti persatuan dan kelab di dalam dan di luar sekolah

PENTADBIRAN
•         Menyelaras proses penubuhan kelab dan persatuan/Sukan dan permainan serta unit pakaian seragam
•         Menyusun, menyelaras dan memantau takwim kegiatan kokurikulum
•         Menyediakan anggaran perbelanjaan pengurusan kokurikulum
•         Menentukan langkah-langkah keselamatan dalam kokurikulum yang diambil
•         Membantu sekolah dalam segala jenis pengelolaan atau penganjuran dalam program yang melibatkan kokurikulum
•         Menyelaras Hari-Hari Perayaan dan Upacara SekolahMenyelaras pengagihan murid mengikut aktiviti dalam kegiatan kokurikulum untuk meningkatkan tahap pencapaian
•         Mengurus alatan dan kemudahan untuk kegiatan kokurikulum
•         Memastikan rekod dan data kokurikulum dilengkap dan dihantar satu salinan ke Pejabat Pelajaran Daerah dan Jabatan Pelajaran Negeri
•         Mengurus kursus dan latihan untuk guru dan murid dalam bidang kokurikulum
•         Mengenal pasti guru dan murid yang berpotensi dalam aktiviti kokurikulum dan menyusun serta merancang latihan untuk mereka
•         Menyelaras tuntutan Skim Takaful Malaysia Berhad bagi kes-kes kamalangan yang layak dituntut
•         Merancang aktiviti kokurikulum untuk aktiviti selepas peperiksaan dan semasa cuti sekolah (jika perlu)

TUGAS-TUGAS LAIN
•         Menganggotai Jawatankuasa yang diluluskan oleh Guru Besar dari masa ke semasa
•         Melaksanakan arahan dan tugas yang diamanahkan oleh Guru Besar dari masa ke semasa

GURU KANAN MATA PELAJARAN
•         Ketua bidang mata pelajaran
•         Penyelaras aktiviti P&P yang berkesan
•         Penyelaras panitia bidang mata pelajarannya
•         Mentadbir & mengurus kurikulum bidang mata pelajarannya
•         Pengurus stor & inventori mata pelajarannya
•         Kemajuan staf akademik & bukan akademik dalam bidang mata pelajarannya

KAUNSELOR
•         Menolong pelajar untuk memahami dirinya dalam hubungan dengan sosial dan psikologi di tempat pelajar berada, memahami sikap, minat, bakat serta kebolehan pelajar

Teori Tingkahlaku
Ada dua kategori :
Berorientasikan tugas
•         Memberi tugas/arahan tertentu kpd subordinate
•         Harapan adalah subordinate tekun & berprestasi
•         Penekanan kpd ‘deadlines’ utk siapkan kerja
•         Autokratik
•         Bergantung kuasa kedudukan
•         Piawai yang ketat
•         Kawalan yang ketat

Berorientasikan pekerja
Wujudkan hubungan pemimpin – pekerja
•         Yakin meyakini
•         Hormat & menghargai sumbangan pekerja
•         Membantu masalah
•         Memberi galakkan
•         Hubungan mesra
•         Memberi peluang pekerja membuat keputusan
Teori Kontingensi
•         Mengambil kira faktor situasi yang akan mempengaruhi keberkesanan kepimpinan.
•         Situasi tahap struktur tugas yang dijalankan.
•         Situasi kualiti perhubungan antara pemimpin & ahli.
•         Situasi kedudukan kekuasaan.
•         Situasi kejelasanan pesanan/arahan kerja.
•         Situasi norma kumpulan.
•         Situasi kesediaan maklumat.
•         Situasi penerimaan pengikut terhadap keputusan pemimpin.
•         Situasi kematangan pengikut.

KONSEP KEPIMPINAN
Kepimpinan wujud dalam apa jua aktiviti yang disusun secara rapi dan sistematik. Kepimpinan juga berkait secara langsung dan tidak langsung dengan keseluruhan aktiviti dalam organisasi.
Kepimpinan mempunyai perkaitan rapat dengan kuasa. Setiap ketua perlu memiliki perancangan sendiri yang mantap. Kepimpinan mengandungi tugas-tugas serta fungsi bagi:

•         menetapkan matlamat
•         menyusun
•         mengarah dan menyelaras
•         mengawal bagi mencapai matlamat yang ditetapkan

BENTUK KEPIMPINAN
Bentuk kepimpinan merupakan cara seseorang pemimpin menggunakan kuasa yang dimiliki sebagai alat untuk mempengaruhi pekerja supaya bekerja kuat untuk mencapai objektif organisasi. Pada dasarnya stail kepimpinan dapat dibahagikan kepada tiga jenis iaitu:
•         Kepimpinan Autokratik
•         Kepimpinan Demokrasi
•         Kepimpinan Laissez-Faire (kebebasan)

KEPIMPINAN AUTOKRATIK
Pemimpin yang autokratik adalah mementingkan pelaksanaan tugas. Dia memimpin dengan menggunakan sumber kuasa formal. Pemimpin yang mengamalkan stail ini akan membuat keputusan yang berkaitan dengan tugas, mengeluarkan arahan dan memastikan arahan itu dipatuhi. Contoh kepimipnan seperti ini boleh dilihat di dalam industri.

KEPIMPINAN DEMOKRASI
Kepimpinan demokratik dikenali juga sebagai pemimpin yang mengalakkan kesemua kakitangannya melibatkan diri dalam organisasinya. Peluang diberi kepada setiap ahli organisasi untuk memberikan pendapat atau pandangan sebelum sesuatu keputusan diambil.

KEPIMPINAN LAISSEZ-FAIRE (KEBEBASAN)
Pemimpin yang mengamalkan stail kepimpinan laissez-faire, tidak begitu berminat dengan urusan yang diamanahkan kepadanya. Beliau biasanya tidak peduli mengenai kerja mahupun hasilnya. Kuasa yang ada padanya tidak digunakan. Pemimpin jenis ini akan membiarkan semua keputusan dibuat oleh orang bawahannya.

RUMUSAN
Didalam bab ini kita dapat mengetahui apakah yang dimaksudkan dengan kepimpinan serta apakah peranan guru besar dalam mentadbir sekolah serta lebih memahami apa yang perlu dilakukan oleh guru penolong kanan penadbiran, hal ehwal pelajar dan juga kokurikulum. Di dalam bab ini juga ada jenis dan bentuk kepimpinan secara lebih mendalam bagi membantu kita lebih faham akan konsep kepimpinan.

No comments:

Post a Comment